E-hailing merupakan salah satu solusi pengangkutan untuk golongan yang memerlukan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bagi membantu dari segi berdikari, pergerakan, serta rutin harian.
Maxim telah berusaha untuk memastikan semua penumpang mendapat akses yang baik, dalam pelbagai faedah.
Pisal Md Hashim, 57 tahun dari Shah Alam, Selangor merupakan penumpang tetap Maxim berkata, dia kehilangan kedua-dua kakinya 15 tahun lalu, akibat diabetes dan sejak itu, dia memerlukan bantuan untuk bergerak.
Perjalanan terakhirnya bersama Maxim adalah pada dua minggu lepas, semasa dia ingin ke lapangan terbang bersama isteri, di mana perjalanan itu sangat lancar dan mendapat pemandu yang peramah.
Dia memaklumkan kepada Maxim di ruang mesej bahawa mereka memerlukan bantuan, dan rakan pemandu telah membantunya masuk ke dalam kereta, serta meletakkan kerusi roda di belakang tanpa caj tambahan.
Tambahnya lagi, dia amat berterima kasih dengan perkhidmatan ini yang membantu golongan orang kurang upaya (OKU) melakukan perjalanan dengan perkhidmatan yang selesa.
Aplikasi Maxim adalah mesra pengguna, termasuk untuk orang buta dimana sistem penyesuaian untuk membuat tempahan dengan suara.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Ahli Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak, Adzohari Jamil berkata, e-hailing merupakan pengangkutan utama bagi orang buta. Terutama bagi dirinya yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari untuk bergerak seperti menghadiri kelas, pergi kerja, melawat rakan-rakan, dan juga pergi ke restoran.
Dia telah menggunakan Maxim sejak mereka mula beroperasi di Kuching kerana syarikat itu menawarkan tambang yang berpatutan dan perkhidmatan yang baik.
Aplikasi Maxim juga mesra pengguna dengan golongan orang buta, dan dia sangat bersyukur kerana perkhidmatan ini banyak membantu urusan harian.
Tidak lupa, e-hailing juga merupakan perjalanan yang selamat untuk mereka kerana ia terus dari lokasi mengambil ke destinasi.
Maxim e-hailing bekerjasama dengan Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak untuk menyediakan perjalanan percuma kepada ahlinya.
Syarikat percaya ini boleh membantu mengurangkan beban, di mana mereka boleh melakukan perjalanan setiap hari ke tempat kerja tanpa perlu risau tentang kos pengangkutan.
Penumpang yang memerlukan bantuan tambahan boleh memaklumkan pemandu dari bahagian mesej atau menghubungi mereka dan menerangkan keadaan.
Bagi penumpang yang pekak dan lembam, mereka boleh menggunakan bahagian mesej untuk berkomunikasi. Rakan-pemandu dari Maxim akan membantu dari awal sehingga tiba di lokasi.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Tambahan pula, penumpang boleh menyimpan barang-barang mereka di but kereta jika mempunyai peralatan khas seperti kerusi roda, tongkat atau barang-barang lain.
Selain itu, salah satu faedah yang paling banyak mendapat manfaat ialah tempat mengambil dan menurunkan penumpang berdekatan dengan lokasi sasaran, seperti pintu utama, sekitar jalan taktil, dan mempunyai tanjakan untuk jalan kerusi roda.
Menurut Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley, pihaknya akan memastikan perkhidmatan mereka boleh diakses dan mesra pengguna untuk individu kurang upaya adalah menjadi salah satu keutamaan.
Pihak syarikat telah melaksanakan beberapa ciri untuk meningkatkan kebolehcapaian, seperti pilihan untuk menentukan keperluan bantuan khas semasa membuat tempahan dan melatih pemandu untuk memberikan bantuan apabila diperlukan.
Matlamat syarikat adalah untuk memastikan semua penumpang, tanpa mengira keupayaan, boleh menggunakan Maxim dengan selesa dan yakin.
Ciri ini adalah salah satu usaha syarikat untuk memberikan manfaat keseimbangan untuk semua orang dan untuk memastikan Maxim E-hailing adalah penyelesaian terbaik. Kini sesiapa sahaja boleh bergerak, dengan perjalanan yang selesa, pada harga yang berpatutan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI