ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guna dron, alat pengesan pantau jalan rosak – Exco Selangor

Berita Tempatan

Views

Penggunaan dron dan penderia antara kaedah untuk mengesan kerosakan jalan di bawah Sistem Pengurusan Aset Jalan Raya Selangor (SRAMS) bagi memastikan penyelenggaraan mencapai piawaian.

Menurut Selangorkini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata sistem digunakan anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd itu membolehkan maklumat kerosakan seperti lubang, tarikh pembaikan dan tempoh luput dikenal pasti untuk tindakan susulan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurutnya, kos penyelenggaraan mencecah sehingga RM1 bilion setahun memerlukan Kerajaan Negeri mempunyai data tepat untuk memastikan setiap kerja dilaksana menepati piawaian dan jalan lebih tahan lama.

Tambah beliau, pihaknya menggunakan teknologi terkini seperti dron dan penderia untuk memantau manakala kontraktor pula wajib masukkan data di perisian setiap kali buat penyelenggaraan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Pihaknya memberi tumpuan ini supaya orang ramai dapat menggunakan jalan raya yang baik apabila kerja semakin cekap. Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar pembangunan kontraktor jalan raya di Shah Alam, hari ini.

Izham berkata, setakat ini sistem berkenaan hanya digunakan untuk memantau jalan negeri diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) dan akan diperluaskan ke laluan lain pada masa depan.

Ujar beliau lagi, apabila audit jalan negeri siap dan sistemnya lebih mantap, pihaknya akan melaksanakan pula di jalan-jalan lain, contohnya yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply