ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari pemandu lori tangki CEL 5916

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu lori tangki dipercayai memotong di lorong kecemasan di Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dari arah Seremban seperti dirakamkan dalam video tular.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lori tangki itu menggunakan nombor pendaftaran CEL 5916 dan didaftarkan di sebuah syarikat pengangkutan beralamat di Bukit Raja, Shah Alam.

Sehubungan itu beliau meminta pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, video berdurasi 16 saat yang merakamkan sebuah lori tangki menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan kenderaan dimuat naik di Facebook.

Kejadian dipercayai berlaku pada 11 Disember 2021 antara jam 2 hingga 4 petang di Kilometer 27 dan Kilometer 28 SPDH dari arah Seremban.

Beliau berkata ketika kejadian, keadaan di lebuh raya berkenaan sesak. Aidi Sham berkata, polis meminta pengguna jalan raya supaya mengamalkan etika pemanduan yang baik.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan sikap toleransi supaya tidak mendatangkan kesulitan kepada pihak lain.

Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu atau penunggang yang mengambil jalan pintas dan berlagak sebagai ‘raja’ di lebuh raya bagi menjamin keselamatan pengguna lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 279 KK dan Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply