ARKIB

KATEGORI

Buletin

Guru menang saman kereta dirempuh kereta perisai Gempita AV8

Berita Tempatan

Views

Seorang guru menang dalam tuntutan sivil di Mahkamah Majistret, terhadap pemandu kereta perisai Gempita AV8 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merempuh kereta dipandunya, dua tahun lalu.

Menurut Berita Harian, dalam tuntutannya, R Santhi, 52, turut menamakan ATM sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Majistret Naziah Mohd Alias membenarkan tuntutan sivil Santhi dengan sepenuhnya bagi ganti rugi khas dan am termasuk faedah dan kos.

Beliau memutuskan pemandu kereta perisai terbabit selaku defendan pertama, cuai sepenuhnya dalam kemalangan yang berlaku pada 4 Ogos 2019 selepas meneliti segala keterangan yang dikemukakan ketika perbicaraan.

Peguam N Naresh yang mewakili plaintif, menyifatkan keputusan itu memberi keadilan kepada anak guamnya selepas lebih dua tahun terbabit dengan kemalangan berkenaan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Beliau berkata, keputusan yang memihak anak guamnya itu bukan semata-mata kemenangan ganti rugi yang dituntut, tetapi keadilan dapat dipertahankan.

Katanya, kenderaan berat seperti kereta perisai yang mempunyai sudut pandangan yang terhad perlulah diiringi pengawal trafik daripada ATM sendiri atau dibantu polis trafik bagi mengawal lalu lintas supaya kenderaan berat itu tidak membawa risiko kepada pengguna jalan yang lain dan juga kerosakan harta benda.

Tambahnya, secara tidak sengaja, pihak berkuasa yang sepatutnya mempertahankan rakyat boleh mencederakan rakyat sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil.

Sekiranya tidak dapat memperuntukkan pengawal lalu lintas untuk konvoi seperti ini, sekurang-kurangnya jalan raya yang digunakan untuk konvoi seharusnya ditutup untuk kegunaan kenderaan awam sementara konvoi perisai ini menggunakan jalan berkenaan.

Naresh berpendapat, sudah tiba masanya ATM meneliti semula prosedur konvoi yang membabitkan kenderaan besar seperti kereta perisai Gempita supaya tidak mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Jelasnya, sekiranya ada kawalan trafik daripada polis ataupun ATM sendiri, kemalangan itu semestinya tidak akan berlaku. Sementara itu, Santhi ketika ditemui meluahkan rasa syukur atas kemenangannya itu dan ia sekaligus memberi keadilan kepadanya.

Jelasnya, kemalangan itu menyebabkan emosinya terganggu dan terpaksa menanggung rugi disebabkan kerosakan dan kecederaan yang dialami.

Tambahnya, selama 17 tahun itulah kenderaan yang diaa gunakan untuk berulang alik dan menjadi kereta kesayangan keluarganya.

Dia bersyukur kerana selamat dalam kemalangan itu dan hanya alami kerosakkan harta benda dan cedera ringan sahaja.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, dilaporkan berkata, kemalangan jam 4.30 petang itu berlaku ketika kenderaan perisai itu dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang menuju ke Port Dickson.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply