ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tahukah anda, reka bentuk tempat duduk Lexus LX 600 ada sentuhan anak Malaysia?

Berita Tempatan

Views

Sebenarnya negara kita mempunyai ramai bakat pereka bentuk automotif yang kini berkelana di serata dunia. Percaya atau tidak, reka bentuk tempat duduk SUV mewah, Lexus LX 600 ada sentuhan anak Malaysia?

Ya, memang benar dan ini telah diumumkan oleh rakan kami, iaitu Irfendy Mohamad atau Fenoria Design di laman Facebooknya.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Menurut Irfendy, beliau amat bangga kerana telah  mendapat peluang untuk terlibat dalam projek penghasilan reka bentuk tempat duduk model yang digelar “Raja segala SUV” itu. Untuk pengetahuan anda, projek tersebut telah bermula sejak 2019, di Jepun.

Kata Irfendy, rekaan konsepnya telah dipilih untuk cadangan akhir semasa pertandingan di kalangan kumpulan pereka di Toyota. Mereka telah menjalankan beberapa kajian dan perbincangan sehingga idea tersebut diputuskan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Akhirnya, pasukan pengeluaran bersetuju untuk membawa idea tersebut ke peringkat pengeluaran yang seterusnya, kerana beliau berada dalam pasukan Pereka Masa Depan (Advanced Designer).

Irfendy turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat semua jabatan di atas usaha mereka untuk menjadikannya satu realiti.

Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Irfendy Mohamad. Kami bangga dengan anda!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply