ARKIB

KATEGORI

Buletin

GV Ride perkenal khidmat e-hailing guna EV bulan depan

Berita Tempatan

Views

Aplikasi e-hailing baharu, GV Ride yang dimiliki syarikat tempatan, GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV) dijangka memperkenalkan perkhidmatan e-hailing menggunakan kenderaan elektrik (EV) mulai bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Maand, berkata ia satu daripada langkah bagi mengembangkan perniagaannya sekali gus mempromosikan EV dalam industri e-hailing.

“Buat masa ini di Malaysia, EV belum dipromosikan sebagai e-hailing. Justeru, kami berhasrat menjadi peneraju dalam kalangan syarikat e-hailing di negara ini.

“Bagaimanapun, untuk permulaan, kita akan memulakannya di Lembah Klang dahulu mengambil kira stesen pengecasan EV belum meluas di negeri lain. Kita harap ia dapat direalisasikan sebelum akhir tahun ini,” katanya pada Majlis Pelancaran GV Ride di Kajang.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Ia dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han. Kabeer berkata, buat masa ini, GVV sedang berunding dengan pembekal dari China bagi fasa pertama penggunaan EV melalui aplikasinya.

Beliau menyasarkan sebanyak 2,500 unit EV akan mula digunakan pemandu GV Ride di negara ini. Sementara itu, Sze Han berkata, kemunculan aplikasi GV Ride memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna perkhidmatan e-hailing khususnya di Selangor.

Katanya, pasaran semasa e-hailing amat besar malah selari dengan keperluan penduduk yang semakin padat.

“Perkhidmatan e-hailing adalah komponen yang sangat penting, ia menyempurnakan ekosistem pengangkutan di negara ini, selain perkhidmatan rel, bas dan kenderaan persendirian.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

“Jadi, kita amat mengalu-alukan satu lagi syarikat e-hailing tempatan untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

GV Ride mula beroperasi sejak September lalu dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan mesra pengguna antaranya penjejakan pemandu secara masa nyata (real time), tempahan perjalanan melalui rundingan antara penumpang dan pemandu selain tawaran tambang yang rendah.

Bagi pemandu GV Ride, kadar komisen dikenakan adalah yang terendah berbanding penyedia e-hailing lain, iaitu sembilan peratus daripada kadar tambang bagi setiap tempahan.

Bersempena majis pelancarannya, GV Ride menawarkan sejuta tempahan percuma bernilai RM15 dan ke bawah bagi satu perjalanan untuk pengguna.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ng Sze Han 黄思汉

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply