Ini mungkin berita yang paling dinanti-nantikan oleh saudara Ahmad Ahmad. Model ‘supermoped‘ Modenas yang ditunggu-tunggu olehnya sejak sekian lama bakal dilancarkan pada separuh kedua (H2) 2025.
Menurut rakan media di Mekanika, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan semasa lawatan media ke kilang pengeluar motosikal nasional itu di Gurun, Kedah baru-baru ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Ia adalah bagi menyaksikan penyerahan sebanyak 1,092 unit skuter elektrik Modenas MEV-1 PRO kepada Pos Malaysia.
Semasa sesi soal jawab bersama media, beberapa soalan diajukan kepada beliau dan salah satunya berkenaan dengan perkembangan supermoped yang ditimbulkan sejak 2022.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Menurut beliau, prototaip supermoped tersebut telah pun ‘siap’ dan kini sedang menjalani ujian ketahanan. Lebih menarik, Roslan turut mendedahkan bahawa ia bakal dilancarkan sekitar separuh kedua 2025.
Buat masa ini masih belum ada informasi sahih berkenaan sesaran enjin yang bakal digunakan, namun terdapat yang spekulasi mengatakan ia akan berada dalam kategori 150cc ke atas.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hasil janaan Kecerdasan Buatan (AI)
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI