ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia ajak orang ramai uji kemampuan ‘off-road’ GWM TANK 300 pada 20 dan 21 Julai ini

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan menganjurkan acara pandu uji awam ‘off-road pada 20 dan 21 Julai 2024, bertempat di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre di Semenyih, Selangor, bersempena dengan pelancaran GWM TANK 300 baru-baru ini.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari China, SUV ‘off-road’ ini ditawarkan pada harga kompetitif RM 250,000 (OTR) tanpa insurans dengan empat pilihan warna, iaitu Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black, dan Pearl White.

Acara ini bakal memberi peluang kepada orang awam untuk merasai sendiri cabaran dan halangan laluan yang direka khas bagi mempamerkan kebolehan dan kemampuan model ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Selain itu, para peserta juga akan menerima latihan daripada pengajar profesional mengenai kaedah dan teknik untuk menguasai pelbagai cabaran yang lasak semasa pengembaraan pemanduan.

Terbuka kepada orang awam, sesi pandu uji ini mempunyai pelbagai halangan mencabar antaranya Log Bridge, Axle Twister, Ridge Crossing, Log Track, Hill Descent, Hill Climb dan lain-lain.

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi, pihaknya ingin orang ramai untuk merasai sendiri prestasi dan keupayaan sebenar GWM TANK 300 dalam pelbagai situasi dan keadaan jalan.

Tambah beliau, pihaknya juga telah menyediakan tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing para peserta, menghadapi setiap cabaran ‘off road’ ini dengan penuh yakin.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, tawaran hadiah eksklusif daripada GWM turut menanti para peserta yang menyertai acara ini.
Untuk menempah slot sesi pandu uji ini, sila RSVP di https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9.

Tambahan lagi, GWM turut menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300, yang merangkumi:

  1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000 KM, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000 KM atau setiap 6 bulan, yang mana terdahulu.
  2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk pemilik pertama).
  3. Kit pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucer Thule bernilai RM8,000 dan beg sandang Paramount Thule bernilai RM999.
  4. Siri Pengembaraan dengan GWM TANK – Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China. Bersempena dengan pelancaran GWM TANK 300, para pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 akan berpeluang memenangi percutian pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China. Sepuluh pemenang bakal dipilih melalui cabutan bertuah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply