Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan sambutan ulang tahun keduanya yang bertemakan “Live with Passion, Go with More“.
Selaras dengan tema yang dipilih, GWM Malaysia komited untuk meraikan setiap momen dalam perjalanan dan kehidupan para pengguna.
Sejak dilancarkan pada tahun 2022, GWM telah memperkenalkan beberapa model kenderaan elektrik seperti GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM HAVAL H6 HEV pemasangan tempatan (CKD).
Bagi meraikan ulang tahunnya yang kedua, GWM Malaysia menawarkan pelbagai promosi hebat, dan ganjaran istimewa antaranya:
Promosi masa terhad Ulang Tahun Ke-2 GWM:
- Penjimatan sehingga RM25,000 untuk GWM ORA GOOD CAT dan GWM ORA 07.
- Penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun untuk semua model GWM termasuk GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300, dan GWM HAVAL H6 HEV (termasuk alat ganti dan upah).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
[Pandu Uji & Menang]
Pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah:
- Langkah 1 – Kunjungi mana-mana pengedar sah GWM dan pandu uji model GWM pilihan anda.
- Langkah 2 – Ikuti halaman rasmi Facebook dan Instagram GWM Malaysia untuk maklumat terkini.
- Langkah 3 – Nikmati Baucar GWM x ZUS Coffee setelah selesai pandu uji.
[Tempah & Menang]
Bagi pelanggan yang bersedia untuk memiliki kenderaan impian, nikmati lebih banyak ganjaran dengan hanya dua langkah mudah:
- Langkah 1 – Tempah mana-mana model daripada barisan produk GWM di bilik pameran pengedar yang mengambil bahagian sepanjang tempoh acara tiga minggu ini berlangsung.
- Langkah 2 – Menangi hadiah menarik dalam “Sure-Win Lucky Draw” bernilai sehingga RM200,000!
Hadiah yang menanti termasuk Dyson Cordless Vacuum Cleaner, LG Soundbar, Fujifilm INSTAX Mini 40, barangan eksklusif GWM dan Baucar GWM x ZUS Coffee. Selain itu, 40 pemilik pertama GWM ORA GOOD CAT akan menerima Kit Aksesori ‘Sporty‘ secara PERCUMA.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Berikut adalah senarai Bilik Pameran GWM yang terpilih:
Tarikh | Pengedar GWM |
MINGGU 1 | |
23-24 November 2024 (Sabtu & Ahad) | • GWM USJ • GWM Sg. Besi • GWM Jalan Ipoh • GWM Glenmarie • GWM Setia Alam • GWM Butterworth • GWM Nusa Bestari |
MINGGU 2 | |
30 Nov -1 Dis 2024 (Sabtu & Ahad) | • GWM Puchong • GWM PJ33 • GWM Kota Damansara • GWM Kuala Selangor • GWM Senai, Johor • GWM Penang (Georgetown) • GWM Kuching |
MINGGU 3 | |
7-8 Disember 2024 (Sabtu & Ahad) | • GWM Permas Jaya • GWM Melaka |
• GWM Seremban • GWM Ipoh |
[Go for Movie, Watch with Passion]
Bagi mengeratkan hubungan, GWM Malaysia akan menganjurkan perjumpaan istimewa bersama para pemilik kenderaan untuk menonton wayang secara percuma bersama barangan eksklusif.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh menyertai keseronokan ini dan berpeluang untuk memenangi tiket wayang percuma melalui hadiah (giveaway) di media sosial.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI