ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selepas hampir 3 dekad, pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai serbaneka

Berita Tempatan

Views

Selepas hampir 30 tahun, kerajaan secara dasar bersetuju memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai serbaneka stesen minyak.

Perkara itu diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang mempengerusikan mesyuarat pengurusan pekerja asing secara bersama, semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagaimanapun menjelaskan tiada keperluan untuk menambah jumlah pekerja asing baharu dalam sektor itu, sebaliknya ia akan diadakan secara mekanisme pertukaran majikan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Sejak 1995, Kabinet memutuskan pembekuan pekerja asing untuk berkhidmat di stesen minyak disebabkan premis di negara ini melaksanakan sepenuhnya sistem khidmat layan diri. Ia bermakna, tidak dibenarkan pekerja asing untuk digajikan (pengusaha stesen minyak).

“Namun evolusi berlaku dari 1995 hingga sekarang dengan stesen minyak juga mempunyai kedai dan kafe serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Kerana itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai agensi kawal selia bagi sektor itu, mengemukakan satu cadangan supaya membenarkan semula penggajian pekerja asing oleh pengusaha stesen minyak bagi tujuan perkhidmatan pencucian, pembersihan dan sebagainya.

“Namun ia tidak akan membabitkan penambahan kuota tambahan. Sekarang kita ada lebih kurang 4,000 stesen minyak di seluruh negara dan keperluan pekerja asing ini adalah lebih kurang 40,000.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Jadi dalam sektor ini ia adalah segmen pekerja asing selain adanya pekerja tempatan,” katanya dalam sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau mempengerusikan meyuarat itu bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim. Yang turut hadir Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman dan KSU KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusoff.

Pembekuan pengambilan pekerja asing untuk sektor stesen minyak di Malaysia pada 1995 adalah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan membuka peluang kepada pekerja tempatan.

Langkah itu juga bertujuan menyokong dasar-dasar berkaitan pengurangan lambakan pekerja asing serta menggalakkan majikan untuk memanfaatkan tenaga kerja tempatan, termasuk penggunaan khidmat layan diri di stesen minyak. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply