ARKIB

KATEGORI

Buletin

GWM Malaysia rasmi pusat servis 4S pertama di Malaysia Timur

Berita Tempatan

Views

GWM Malaysia telah merasmikan pembukaan rasmi pusat servis 4S pertamanya di Malaysia Timur milik YLH Autoworld Sdn Bhd yang terletak di Jalan Mendu, Kuching, Sarawak.

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia Cui Anqi, Bilik pamera Kuching akan memainkan peranan penting antara Great Wall Motor dan Kuching, Sarawak dalam usaha mereka memperluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna di Malaysia Timur.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Tambah beliau, pada bulan Oktober lalu, pihaknya mengukuhkan pelan kerjasama untuk pemasangan tempatan (CKD) dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB).

Pusat servis 4S Kuching ini menawarkan perkhidmatan jualan, servis, penyelenggaraan, dan alat ganti. Berkeluasan 1,700 meter persegi, ia merangkumi bilik pameran seluas 550 meter persegi yang boleh menampung pelbagai model GWM.

Bengkel pusat servisnya memiliki keluasan 492 meter persegi dengan 10 ruang kerja dan 2 ruang basuh bagi memastikan penyelenggaraan yang cekap dan perkhidmatan tepat pada masanya untuk ketenangan fikiran pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Maklumat lanjut boleh ditemui pada laman sesawang GWM Malaysia www.gwm.com.my atau pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran GWM yang baharu di Kuching, Malaysia.

Berikut adalah lokasi bilik pameran GWM

Alamat:
No 9, Lot 139, Section 56 KTLD, Jalan Mendu, 93200 Kuching, Sarawak
Hubungi: +6082 – 426727

Waktu Perniagaan:
Isnin – Jumaat: 8:15 pagi hingga 5:30 petang
Sabtu: 8:15 pagi hingga 4 petang
Ahad (Jualan sahaja): 10 pagi hingga 2 petang

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply