Great Wall Motor (GWM) Malaysia semalam telah melancarkan model ‘coupe‘ elektrik penuh (EV), GWM ORA 07 secara rasmi untuk pasaran tempatan. Dua varian ditawarkan, iaitu Long Range Ultra (RM169,800) dan Performance (RM189,800).
Varian Long Range Ultra didatangkan dengan pacuan roda hadapan (FWD) yang menghasilkan 204 PS dan 340 Nm daya kilas untuk keupayaan jarak hingga 640 km (NEDC).
Varian Performance pula dikuasakan oleh pacuan semua roda (AWD) yang menghasilkan 408 PS dan 680 Nm daya kilas untuk keupayaan jarak 550 km (NEDC). Pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 4.3 saat.
Ia dikuasakan oleh bateri 83.499 kWj yang mampu dicas daripada takat 30 peratus hingga 80 peratus dalam tempoh hanya 32 minit melalui pengecasan pantas DC.
ORA 07 juga mempunyai ciri pekali seretan ultra rendah dengan pengoptimuman aerodinamik sebanyak 0.22 Cd. Dari segi dimensi, model ini berukuran 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar, dan 1,500 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,870 mm.
Tiga pilihan warna metalik ditawarkan, kelabu, ungu, dan putih. Kemasan kabin untuk varian Long-Range Ultra didatangkan dengan padanan warna hitam, namun pelanggan juga boleh menaiktaraf ke padanan warna perang dengan tambahan RM 2,500.
Kemasan kabin untuk varian Performance pula hanya didatangkan dengan pilihan warna perang. Varian Long Range Ultra mempunyai 5 mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Well-being, Individual, dan Eco.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Varian Performance pula dilengkapi 6 mod pemanduan, Normal, Sport, Well-being, Individual, dan Eco dengan mod tambahan Sport+ yang boleh diaktifkan melalui ciri turbo pintar.
Reka bentuk luaran ORA 07 menampilkan jeriji yang tertutup, lampu LED hadapan berbentuk oval, pemegang pintu tersembunyi, pintu tanpa bingkai, dan spoiler belakang elektrik. Bahagian atasnya pula dihiasi dengan bumbung kaca panoramik berukuran 1.7m².
ORA 07 tampil dengan ciri-ciri ruang dalaman yang direka khas untuk kegunaan harian, antaranya ciri pengecasan tanpa wayar 50w dan kerusi ergonomik dengan fungsi urutan dan sistem pengudaraan, serta lampu kecantikan dengan pencahayaan LED.
Ditambahkan pula dengan fungsi ‘vehicle to-load‘ (V2L) 3.3kw, yang mampu berfungsi sebagai soket kuasa untuk mengecas peralatan untuk aktiviti luar, seperti beriadah dan berkhemah.
Dari segi keselamatan, ORA 07 didatangkan dengan struktur badan berbentuk sangkar diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, yang merangkumi sebanyak 77.6 peratus, merangkumi struktur tiang bumbung, Tiang A, Tiang B serta tiang yang mengelilingi bahagian atas.
Model ini juga dilengkapi dengan bantuan pemanduan ‘Intelligent Driving L2’ dengan ciri-ciri Kawalan Jelajah Automatik (ACC) dengan Bantuan Jelajah Pintar (ICA), Kawalan Jarak Parkir (PDC) dan banyak lagi.
GWM Malaysia kini menyediakan pakej waranti penuh kenderaan hingga 6 tahun atau 150,000 km. Pemilik juga dapat menikmati waranti selama 8 tahun dengan perlindungan sehingga 180,000 km untuk bateri kuasa, motor elektrik, dan unit kawalan motor elektrik, berdasarkan mana-mana yang mendahului.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Selain itu pemilik kini mampu menikmati waranti bebas karat dan hakisan kenderaan selama 12 tahun. GWM Malaysia juga bakal menawarkan penggantian bateri secara langsung ‘one-to-one’, dengan syarat ‘State of Charge’ (SOC) bateri jatuh di bawah 70 peratus.
500 pemilik ORA 07 yang terawal akan menerima tambahan waranti selama 2 tahun (8 tahun atau 180,000 km), yang mana terdahulu dan unit pengecas lekap dinding (wallbox) rumah secara percuma, di samping pakej waranti sedia ada.
Bukan itu sahaja, sebagai tambahan kepada tawaran “More Than Stunning” ini, rebat eksklusif sebanyak RM 3,000 turut diberikan kepada pemilik baharu ORA 07 yang sebelum ini telah memiliki kenderaan GWM, sebagai tanda penghargaan.
Berikut adalah perincian ringkas untuk kedua-dua varian ORA 07:
‘Long Range Ultra’ | ‘Performance’ | |
Kawalan Pemanduan | Pacuan Roda Hadapan | Pacuan Semua Roda |
Pecutan 0-100km/j (s) | 7.9s | 4.3s |
Keupayaan Jarak (NEDC) | 640 km | 550 km |
Kapasiti Bateri | 83.499 kWj | 83.499 kWj |
Kuasa Maksimum (PS) | 204 | 408 |
Tork Maksimum (Nm) | 340 | 680 |
Kelajuan Maksimum | 170 km/j | 180 km/j |
Mod Pemanduan | ‘Normal’, ‘Well Being’ ‘Sport’, ‘ Eco’, ‘Individual’ | ‘Normal’, ‘Well Being’, ‘Sport’, ‘Eco’, ‘Individual’, ‘Sport+’ |
Warna Ruang Luaran | Kelabu, Ungu, Putih | Kelabu, Ungu, Putih |
Warna Ruang Dalaman | Hitam, Perang (naik taraf) | Perang |
* Tambahan RM2,500 untuk menaik taraf ruang dalaman ke warna perang bagi varian Long Range Ultra.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI