ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: VinFast VF e34 pemanduan kanan (RHD) dikesan di MRR2

Foto Intip

Views

Sekali lagi kelibat model SUV elektrik (EV) VinFast VF e34 pemanduan kanan (RHD) telah berjaya dikesan di Malaysia.

Kali ini, rakan pembaca bernama Afiq Syimir telah berjaya mengesan unit tersebut di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), sekitar Pandan Indah semalam.

Ia merupakan unit yang sama ditemui baru-baru ini di Penchala, dan kelihatan menggantung plat perdagangan bernombor ‘W/TP 2403‘ pada bahagian belakang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Setakat ini tidak diketahui syarikat mana yang menggunakan plat perdagangan berkenaan dan tidak dipastikan sama ada, ia merupakan unit ujian sebenar atau sekadar unit jualan kereta import terpakai yang dipandu uji.

Sedikit informasi ringkas mengenai VF e34:

  • Ukuran dimensi : 4,300 mm Panjang x 1,768 mm Lebar x 1,613 mm Tinggi x Jarak antara gandar roda 2,610.8 mm
  • Kuasa maksimum: 110 kW/147 kuasa kuda
  • Daya kilas maksimum: 242 Nm
  • Beg udara: Enam
  • Jarak selepas sekali cas penuh: 285 km (menurut piawaian NEDC). Mod pengecasan pantas mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 180km selepas dicas selama 18 minit
  • Bateri jenis Lithium dengan kapasiti 42kW
  • Pilihan warna luaran: VinFast BlueDeep OceanBrahminy WhiteDesat SilverNeptune GreyCrimson Red, Sunset Orange dan Jet Black
  • Pilihan warna dalaman: Hitam dan Cotton Beige

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

EV sulung dari syarikat pengeluar kereta dari Vietnam ini telah mula memasuki pasaran negara jiran di Indonesia sejak 28 Mac lalu, manakala di pasaran Thailand pula akan menyusul pada Jun nanti.

Adakah selepas Thailand, VinFast akan masuk ke pasaran Malaysia pula? Sama-sama kita tunggu dan lihat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Afiq Syimir

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply