ARKIB

KATEGORI

Tular

Halang dan ekori kenderaan lain, polis buru pemandu Perodua Bezza

Tular

Views

Polis sedang mengesan individu yang bertindak menghalang dan mengekori kenderaan dinaiki seorang lelaki bersama ahli keluarganya di Bandar Tun Hussein Onn, di Kajang, baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung satu video tular berdurasi tiga minit di Facebook berkaitan kejadian berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Dalam video itu memaparkan, sebuah kereta jenis Perodua Bezza menghalang kenderaan dipandu seorang lelaki bersama ahli keluarganya di persimpangan lampu isyarat hadapan sebuah pasar raya Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati pengadu tidak mengenali suspek yang cuba menghalang dan menakutkan secara jenayah di jalan raya dengan menghimpit serta mengejar keretanya supaya berhenti hingga mendatangkan bahaya kepada mereka.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Akibat takut, pengadu terus memandu kenderaannya meninggalkan kereta suspek bagi mengelak bertembung semula,.

Mohd Zaid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan menakutkan secara jenayah.

Tambah beliau lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Muhammad Fudhail Zikri di talian 011-56566511 bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply