Chery Automobile memberi gambaran awal halatuju masa depan mereka menerusi sebuah kereta konsep yang diberi nama Gene.
Model konsep SUV bersaiz besar ini menampilkan reka bentuk luaran yang futuristik yang menggabungkan sedikit sentuhan elemen klasik dan retro.
Dari arah depan, rekaan jejalur lampu LED yang tebal dan logo Chery yang bercahaya merupakan elemen pertama yang mencuri tumpuan.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Jejalur lampu LED dan logo Chery itu berada di dalam lingkungan kemasan hitam berkilat, dan sekilas pandang ia kelihatan seperti topi keledar Robocop.
Bampar depannya juga agak unik dengan sirip aerodinamik pada penjuru kiri dan juga kanan. Kelihatan bahagian fender sisi depan dan belakang agak terkeluar sedikit daripada bahagian pintu.
Model konsep ini juga mempunyai tiang C yang sangat tebal yang terus menutupi bahagian belakang, yang kebiasaannya diletakkan cermin.
Elemen rekaan pada bahagian hadapan turut dibawa ke belakang dan menampilkan jejalur lampu LED yang tebal dan logo Chery yang bercahaya.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Untuk menambahkan lagi gaya futristiknya, bahagian luaran Chery Gene diberikan kemasan dwitona gabungan perak kusam dan hitam berkilat di bahagian bumbungnya.
Apa yang menarik, model ini dilengkapi dengan papan selaju elektrik dan dua unit dron yang boleh disegerakkan dengan kenderaan dan menawarkan pengalaman Realiti Maya (VR) yang mengasyikkan kepada penumpang.
Rekaan dalamannya juga unik dan dalam mod standard iaitu Real, pemandu boleh menggunakan stereng untuk mengawal SUV tersebut.
Apabila ditukar kepada mod Meta, stereng akan ‘menyorok’, tempat duduk akan direbahkan dan teknologi pemanduan autonomi akan mengambil alih. Meskipun saiznya yang gedabak, ia hanya menawarkan empat tempat duduk sahaja.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Autohome
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI