Selepas hampir tiga minggu tular kemunculan kelibat ‘hantu‘ di sekitar kawasan Jalan Austin Heights Utama di Johor Bahru, akhirnya polis berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, semalam.
Gelandangan berusia 31 tahun itu yang diburu polis sejak tularnya video pada 27 Julai lalu, ditahan pada jam 10.51 malam kelmarin di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati, wanita itu menyamar sebagai ‘hantu’ bertujuan menakut-nakutkan pengguna jalan raya dan kemudian menyergah serta menendang mana-mana kenderaan sebelum bertindak seolah-olah dilanggar.
Beliau berkata, sebaik ‘dilanggar’, wanita itu akan memeras ugut pemandu kenderaan bagi meminta wang sebagai ganti rugi kerana melanggarnya.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
“Pada jam 12.30 tengah hari, 27 Julai lalu, polis menerima satu video tular di media sosial memaparkan kejadian seorang individu yang menyerupai seperti hantu yang menyergah kenderaan awam di tepi jalan.
“Kita kemudian membuat rondaan bagi tujuan mengesan dan menahannya, bagaimanapun beberapa kali gagal kerana individu terbabit melarikan diri.
“Anggota polis yang bertugas memaklumkan ketika kejadian, wanita itu akan mengilai namun akhirnya semalam kita berjaya menahan wanita berkenaan yang dipercayai mempunyai masalah mental,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di Johor Bahru, hari ini.
Menurut Raub, semakan rekod lampau, suspek mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan sudah didenda RM1,000 pada 27 Jun 2018. Katanya, ujian saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
“Kita juga membuat semakan rekod perubatan dan mendapati suspek pernah dimasukkan ke Zon Kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 2022 dan 2023 kerana kemalangan dan mengalami kemurungan.
“Pagi tadi, kita merujuk suspek ke HSI untuk pemeriksaan lanjut berkaitan kesihatan mentalnya dan masih menunggu keputusan,” katanya.
Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peruntukan 23 Peraturan-peraturan Lalu Lintas Jalan 1959.
Pada masa sama, Raub mengingatkan mana-mana pengguna jalan raya yang pernah menjadi mangsa pemerasan oleh suspek supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
“Kita juga berharap, dengan tangkapan yang dibuat ini, dapat meredakan rasa takut orang ramai untuk keluar malam dan menggunakan jalan berkenaan,” katanya. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Polis Daerah Johor Bahru Selatan
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI