ARKIB

KATEGORI

Tular

Video tular cubaan tarik kereta di R&R Tapah – Polis belum terima laporan

Tular

Views

Polis meminta seorang wanita hadir ke Balai Polis Tapah untuk memberi keterangan terhadap cubaan tarik kenderaan yang didakwanya berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya ambil maklum dengan video tular tersebut dan semakan mendapati tiada laporan polis diterima setakat ini.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Tiada aduan diterima daripada mana-mana pihak berhubung kes itu. Kalau wanita tersebut boleh hadir untuk diambil keterangan, ia dapat membantu kita membuat siasatan.

“Pada masa sama, tindakan pencegahan juga sentiasa dilaksanakan dengan mengadakan program ‘Talk to Us’ selain rondaan cegah jenayah oleh Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB),” katanya di Tapah pada Sabtu.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita menceritakan pengalaman sepupunya terhadap taktik seorang lelaki yang cuba tarik kereta tanpa dokumen sah ketika berhenti berhampiran sebuah stesen minyak di hentian hala utara itu.

Semakan pihaknya juga mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan dua lelaki dalam kejadian itu adalah palsu.

Menerusi video itu, dia menasihatkan warganet untuk sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto Superintenden Mohd Naim Asnawi kredit MalaysiaGazette Perak

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply