ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Hantu Kancil Merah’ tular ditahan – Pemandu tiada lesen, positif dadah

Tular

Views

Kereta Perodua Kancil merah yang tular di Facebook kerana didakwa dipandu secara melulu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di Masjid Tanah di Alor Gajah, berjaya diberkas pihak polis, hari ini.

Menurut KOSMO! ONLINE, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Balai Polis Masjid Tanah.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Hasil pemeriksaan ke atas pemandu mendapati dia tidak mempunyai lesen selain cukai jalan keretanya juga telah tamat tempoh. Ujian saringan air kencing dilakukan juga menunjukkan suspek positif dadah.

Hari ini tular satu hantaran di Facebook memaparkan gambar sebuah kereta kancil merah berserta kapsyen ‘Hantu Kancil Merah Wanted’ yang didakwa dipandu secara melulu sehingga mengundang keresahan penduduk setempat.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

“Mengganggu ketenteraman dan jiwa manusia di jalan raya, ibarat Masjid Tanah dia punya. “Hendak tunjuk samseng dekat jalan raya, memekak shaja ekzos tak padan Kancil. Ramai yang sedang mencari pemilik kereta ini,” tulis hantaran itu.

Kata Arshad Abu, suspek yang merupakan peniaga makanan kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply