ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hanya sebulan selepas pelancaran, GWM Malaysia serah 100 unit pertama GWM TANK 300 kepada pelanggan

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah menyerahkan sebanyak 100 unit pertama GWM TANK 300 kepada pelanggannya hanya dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya pada pertengahan Julai lalu.

Pencapaian yang mengagumkan untuk SUV laluan lasak (off-road) pintar dan mewah ini diperoleh berikutan liputan sensasi yang diberikan oleh media tempatan, termasuk komuniti pemanduan ‘off-road’ di negara ini.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui An Qi, berkata, pihaknya amat gembira dengan sambutan yang memberangsangkan daripada para pelanggan.

Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadap jenama GWM, malah membuktikan juga sokongan dan keyakinan utuh kepada produk mereka yang berkualiti tinggi.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Semasa acara penyerahan GWM TANK 300, pemilik ke-100 iaitu Profesor Dr. Steven Leow berkata, beliau amat mengagumi kenderaan ini setelah mencubanya buat kali pertama di China.

Ujar beliau, sebagai seorang peminat kereta, GWM TANK 300 yang lasak ini benar-benar menarik perhatiannya dengan spesifikasi dan teknologinya yang luar biasa.

Beliau juga tidak pernah menyangka kenderaan sebegini mampu menawarkan keselesaan yang setanding dengan kereta sedan.

GWM TANK 300 ternyata menjangkaui jangkaan, lebih-lebih lagi dengan ciri-ciri teknologi pintarnya seperti L2 ADAS, pengecasan nirwayar, serta casis lutsinar yang memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup moden.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300.

Antaranya, jaminan seumur hidup untuk enjin dan transmisi kenderaan (terhad kepada pemilik pertama) dan penyelenggaraan PERCUMA selama 5 tahun (termasuk upah dan alat ganti) berdasarkan setiap 10,000 km/6 bulan (yang mana terdahulu).

Selain itu, pemilik juga akan menerima beg sandang Paramount Thule bernilai RM999 dan Baucar Kit Pengembaraan Thule bernilai RM8,000.

GWM Malaysia turut mengumumkan destinasi keduanya untuk siri Go Adventure with GWM TANK, di mana pemilik bertuah GWM TANK 300 yang melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat lewatnya pada 12 September 2024 akan berpeluang untuk memenangi sebuah percutian pengembaraan ke Gurun Alxa, salah satu padang pasir dengan kawasan permukaan paling mencabar dan menakjubkan di dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply