ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar pusat gudang alat ganti (RPC) baharu di Kota Kinabalu

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton baru-baru ini telah melancarkan pusat gudang alat ganti (RPC) baharu di Kota Kinabalu, Sabah, selepas pelancaran kemudahan serupa di Sarawak tahun lepas.

Pusat ini mampu mengurangkan masa penghantaran alat ganti sebanyak 30 peratus berikutan peningkatan kapasiti pengeluaran daripada Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB) di Malaysia Barat, serta alat ganti yang diperoleh melalui penghantaran terus dari luar negara.

Ia adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negeri ketiga yang mencatatkan jualan tertinggi kenderaan Proton di Malaysia.

Terletak di kawasan komersial di Inanam, RPC terbaru Proton mempunyai ruang lantai kira-kira 28,000 kaki persegi, iaitu 2.5 kali ganda lebih besar daripada lokasi sebelumnya.

Ia boleh menerima sebanyak enam kontena alat ganti di lokasi secara serentak berbanding dengan dua kontena sebelum ini.

Kemudahan tersebut kini boleh memproses purata 26 kontena sebulan untuk memanfaatkan sepenuh keupayaannya menyimpan stok selama tiga bulan.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Dengan lebih banyak ruang penyimpanan untuk alat ganti, masa penghantaran ke pengedar dan pelanggan dapat dikurangkan.

Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan, Proton Edar, Edmund Lim berkata, pembukaan fasiliti baharu di Kota Kinabalu ini akan melengkapkan fasiliti sedia ada di Kuching, dan kedua-duanya akan berfungsi secara kolektif sebagai pusat pengedaran alat ganti serta komponen selepas jualan untuk Malaysia Timur.

Tambah beliau, setakat ini, pihaknya sedang menangani dengan pantas tunggakan pesanan daripada pengedar dan pelanggan di pasaran negeri ini.

RPC Proton  di Malaysia Timur boleh mengendalikan sehingga 28 kontena dari Malaysia Barat dan luar negara setiap bulan, iaitu peningkatan kapasiti daripada 24 kontena sebulan.

Dengan peningkatan penghantaran alat ganti, pemenuhan pesanan syarikat di Sabah dijangka akan meningkat secara pesat dengan keupayaan untuk menyimpan stok selama tiga bulan. PPCSB juga telah melancarkan sistem pengurusan gudang (WMS) baharu di semua lokasi awal tahun ini.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Ia membolehkan kapasiti penghantaran harian di RPC terbaru meningkat sebanyak 66 peratus kepada 300 baris pada bulan Julai daripada 180 baris sebelumnya, dengan kapasiti maksimum 400 baris dijangka dicapai menjelang September.

Ruang tambahan membolehkan pengagihan 8,500 bakul untuk menyimpan alat ganti, meningkat dari 5,000 bakul di fasiliti sebelumnya. Hasilnya, nilai stok dijangka meningkat sebanyak 1.5 kali ganda kepada RM9 juta menjelang Disember 2024, meningkat daripada RM5.8 juta setahun sebelumnya.

Pegangan pasaran Proton di Sabah telah meningkat secara berterusan daripada 10 peratus pada 2018 kepada 25.9 peratus pada 2023 dan kini berada pada 27.4 peratus setakat ini untuk tahun 2024, didorong oleh populariti model siri X baru serta Saga.

Pada tahun 2023, jualan kenderaan Proton di Malaysia Timur menyumbang 15.8 peratus kepada jumlah jualan keseluruhan syarikat. Model yang paling laris adalah Saga dengan 13, 700 unit, diikuti oleh Persona dengan 4,264 unit dan X50 dengan 2,955 unit.

Tambah Edmund Lim, dengan 8,000 tempahan untuk X50 2024 dan pelancaran X70 2025 tidak lama lagi, pihaknya menjangkakan satu lagi peningkatan di negeri ini menjelang akhir tahun.

Pelancaran pusat alat ganti yang lebih besar dan canggih akan memastikan bekalan alat ganti yang mencukupi bukan sahaja untuk kenderaan baharu, malah turut meningkatkan perkhidmatan selepas jualan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply