ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga barang dan alat ganti kenderaan meningkat, minyak enjin sahaja dah naik 20 peratus!

Berita Tempatan

Views

Kenaikan harga barang dan alat ganti kenderaan dikatakan berpunca daripada masalah gangguan rantaian bekalan peringkat global.

Menurut Harian Metro, pengusaha bengkel membaiki kenderaan juga perlu menangani masalah kenaikan harga daripada pembekal alat ganti yang seterusnya memberi kesan kepada pelanggan.

Pengusaha bengkel Double S Garage, Aris Fauzee Ahmad, 44, berkata, seperti mana barangan keperluan dan runcit yang meningkat, tidak terkecuali alat ganti kenderaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

“Terutama minyak enjin. Jika sebelum ini ia boleh didapati pada harga di bawah RM100 namun sejak awal tahun ini, ia dijual pada harga RM120 iaitu peningkatan 20 peratus.

“Apabila barangan daripada pembekal naik, maka sebagai pengusaha bengkel, kami juga perlu menaikkan sedikit kos upah minimum tambahan RM10 bagi mengimbangi kenaikan itu,” katanya.

Di atas faktor itu, ramai pelanggan yang mengeluh namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana alatan atau minyak enjin perlu ditukar apabila tiba tempoh selenggara.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Namun untuk lebih kelegaan kepada pelanggan, Aris berkata, dia memberi pilihan barangan alat ganti daripada jenama lain pada harga yang lebih berpatutan namun dengan kualiti sama.

“Saya perlu mencari alternatif produk jenama lain yang menawarkan harga lebih menarik kepada pelanggan untuk memastikan mereka tidak terbeban.

“Malah saya juga akan mengesyorkan pilihan yang terbaik buat pelanggan mengikut bajet mereka bagi memastikan kereta diselenggara dengan baik,” katanya.

Aris berkata, meskipun ada bengkel yang menawarkan harga lebih rendah namun pengguna perlu bijak membuat pilihan untuk memastikan ia produk berkualiti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply