ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga jualan semua model EV Tesla di China turun!

Berita Global

Views

Pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla menurunkan harga jualan semua model keretanya sehingga hampir AS$2,000 di China.

Sebelum ini, Tesla turut melaksanakan penurunan harga di Amerika Syarikat (AS) kerana ia bergelut dengan kemerosotan jualan dan perang harga yang semakin sengit untuk EV.

Ini terutamanya apabila syarikat pengeluar dari China memperkenalkan model EV yang lebih murah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengurangan harga bagi Model 3 di China adalah sebanyak 14,000 yuan (AS$1,930) kepada 231,900 yuan (AS$32,000), menurut laman web rasminya pada Ahad.

Tesla membuat pemotongan harga yang sama bagi Model Y, yang kini berharga 249,900 yuan, Model S kepada 684,900 yuan dan Model S Plaid kepada 814,900 yuan.

Model X biasa kini berharga 724,900 yuan sehingga 824,900 yuan. Pengeluar kereta itu pada Jumaat mengurangkan harga kenderaan Model Y, Model X dan Model S di AS sebanyak AS$2,000.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada Sabtu ia mengurangkan harga perisian pembantu pemandu ‘Pemanduan Sendiri Penuhnya’ kepada AS$8,000 daripada AS$12,000 di AS/

Tesla melaporkan bulan ini bahawa penghantaran kenderaan globalnya pada suku pertama jatuh buat kali pertama dalam hampir empat tahun, berikutan pemotongan harga gagal membangkitkan permintaan.

Pengeluar EV itu lambat menyegarkan model lamanya kerana kadar faedah yang tinggi telah melemahkan selera pengguna untuk barangan bernilai tinggi selain saingan di China yang juga pasaran kereta terbesar di dunia turut melancarkan model yang lebih murah.

Elon Musk menangguhkan lawatan hujung minggu ini ke India, di mana beliau akan bertemu Perdana Menteri, Narendra Modi. Lawatan itu termasuk pengumuman rancangan untuk Tesla memasuki pasaran Asia Selatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply