ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin Malaysia lancar tiga tayar motosikal baharu – Harga bermula dari RM 1,020

Berita Tempatan

Views

Michelin Malaysia baru-baru ini telah melancarkan tiga tayar motosikal sport dan jalan raya terbaharu, iaitu Michelin Power 6, Michelin Power GP 2, dan Michelin Anakee Road.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana, dengan ketiga-tiga tayar baharu ini, pihaknya sedang mengorak sebuah revolusi yang berazam untuk menaik taraf pengalaman tunggangan para pengguna motosikal di Malaysia.

Michelin Power 6

Tayar ini memberi nafas baharu kepada pengalaman tunggangan sporty. Ia memberikan cengkaman optimum dalam keadaan basah dan kering, pengendalian serba sporty, serta kelincahan yang diilhamkan oleh kepakaran Michelin dalam sukan permotoran.

Tersedia dalam pelbagai saiz, sesuai bagi motosikal 300cc ke atas, tayar ini ialah pilihan terunggul bagi penunggang yang ingin menelusuri jalan raya dengan keterujaan tunggangan ibarat di atas litar lumba.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah pilihan saiz dan harga runcit yang disyorkan (RRP) untuk tayar Michelin Power 6:

MICHELIN POWER GP 2JULAT HARGA SETIAP SET
DEPAN & BELAKANG
120/70 ZR 17 (58W) TL160/60 ZR 17 (69W) TL
180/55 ZR 17 (73W) TL
190/55 ZR 17 (75W) TL
200/55 ZR 17 (78W) TL
RM 1,300 – RM 1,700

Michelin Power GP 2

Tayar ini asalnya dicipta untuk litar lumba dan kini diperakui untuk kegunaan jalan raya. Ia dirumus untuk pemilik motosikal super sport, termasuk jentera 600cc ke atas. Michelin Power GP 2 ini menawarkan daya cengkaman yang cemerlang di atas permukaan basah dan juga kering.

Dibangunkan oleh pasukan jurutera yang berjaya mencatat rekod litar Michelin yang melangkaui lebih 400 kemenangan dalam temasya MotoGP™, tayar ini menjanjikan prestasi berunsur sukan permotoran.

Berikut adalah pilihan saiz dan harga runcit yang disyorkan (RRP) untuk tayar  Michelin Power GP 2:

MICHELIN POWER 6JULAT HARGA SETIAP SET
DEPAN & BELAKANG
110/70 ZR 17 (54W) TL
120/70 ZR 17 (58W) TL
140/70 ZR 17 (66W) TL
160/60 ZR 17 (69W) TL
180/55 ZR 17 (73W) TL
190/55 ZR 17 (75W) TL
200/55 ZR 17 (78W) TL
RM 1,020 – RM 2,000

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Michelin Anakee Road

Tayar ini menggandingkan barisan tayar Anakee dan Road, justeru memenuhi segala jenis kegunaan dan jangkaan pengguna bagi motosikal denai (trail motorcycle). Dengan cengkaman basah yang optimum, anda dapat menunggang dengan lebih yakin.

Direka cipta dengan nisbah 90/10 bagi kegunaan atas/luar jalan raya, ia menjanjikan tunggangan yang menyelesakan di atas jalan raya sambil membolehkan anda meneroka destinasi-destinasi luar jalan raya dengan mudah.

Berikut adalah pilihan saiz dan harga runcit yang disyorkan (RRP) untuk tayar Michelin Anakee Road:

MICHELIN ANAKEE ROADJULAT HARGA SETIAP SET
DEPAN & BELAKANG
90/90 – 21 (54V) TL/TT
120/70 R 19 (60V) TL/TT
110/80 R 19 (59V) TL/TT
150/70 R 18 (70V) TL/TT
170/60 R 17 (72V) TL/TT
150/70 R 17 (69V) TL/TT
RM 1,300 – RM 1,700

Barisan tayar Michelin Power dan Michelin Anakee juga telah dihomologasi oleh pengeluar kenderaan premium seperti BMW Motorrad, Triumph, KTM, Honda dan banyak lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply