ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia buka tempahan City Hatchback facelift, bakal dilancar pada suku kedua 2024

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model terbaharunya, iaitu City Hatchback facelift pada suku kedua (Q2) tahun 2024. Tempahan bagi model yang telah dikemas kini itu turut dibuka.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, City dalam versi hatchback telah diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun 2021. Ia terus mencipta populariti menerusi penampilannya yang menarik, teknologi terkini dan praktikal.

City Hatchback adalah model kedua Honda Malaysia dengan teknologi e:HEV. Sejak itu, e:HEV RS untuk City Hatchback menyumbang 16 peratus kepada jumlah jualan hibrid keseluruhan Honda Malaysia sehingga kini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada tahun 2023, Honda Malaysia menjual sebanyak 10,300 unit City Hatchback secara keseluruhan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen hatchback Bukan-Nasional.

Sejak penampilan pertamanya pada tahun 2021, lebih 28,700 unit telah pun terjual dan mengesahkan statusnya sebagai sensasi hatchback utama di Malaysia.

City Hatchback facelift menampilkan penggayaan yang lebih tajam dan agresif. Varian e:HEV RS pula menampilkan reka bentuk jeriji hadapan bermotifkan corak sarang lebah, jeriji bawah hadapan, bampar lebih  agresif dan kemasan lampu kabus.

Bahagian belakangnya pula menampilkan kemasan bampar belakang dengan rekaan baharu yang lebih ringkas, bersama kemasan ambang sisi rekaan baharu. Varian e:HEV RS turut menerima rekaan rim aloi Berlina 16-inci kemasan hitam yang sporty.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Varian RS dikuasakan oleh enjin e:HEV 1.5L dengan output 109PS dan 253Nm daya kilas. Sementara itu, versi petrol 1.5L DOHC i-VTEC menghasilkan output maksimum 121PS dan 145Nm daya kilas.

Ciri keselamatan turut dipertingkatkan, antaranya Honda SENSING untuk semua varian yang merangkumi Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan (LCDN). Sementara itu, varian e:HEV RS menerima ciri tambahan, iaitu Ikut Halaju Rendah (LSF) untuk fungsi pemanduan yang lebih mudah.

City Hatchback facelift dijangka menarik minat golongan muda dan profesional yang menghargai keseimbangan teknologi terkini, gaya, dan praktikaliti dalam perjalanan harian mereka.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply