ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga kenderaan CKD tak naik sepanjang tahun ini

Berita Tempatan

Views

Kami yakin berita ini bukan sahaja melegakan pengeluar kenderaan, dan ia sudah pastinya menggembirakan bakal pembeli. Akhirnya segala desas-desus mengenai harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) bakal naik tahun ini terjawab setelah Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad membuat pengumuman yang harga kenderaan tersebut tidak akan dinaikkan sepanjang tahun 2020.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Menurut Berita Harian, harga kenderaan CKD tidak akan dinaikkan tahun ini berikutan langkah kerajaan menyerap kos kenaikan berikutan pelaksanaan ketelusan pelaporan nilai pasaran terbuka (OMV). Beliau berkata, pegawai Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan kepadanya pagi ini bahawa tiada peningkatan harga kereta atas jalan (OTR) berikutan ketelusan pelaporan OMV dan terdapat pengecualian 100 peratus terhadap peningkatan harga kenderaan OTR bagi tempoh setahun sehingga 31 Disember 2020 untuk model yang terkesan oleh pengiraan OMV.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Jelas beliau, sebarang kenaikan harga OTR akan diserap sepenuhnya atau dikecualikan oleh MoF tahun ini dan perbezaan dalam duti sebelumnya juga dikecualikan MoF dan ia berkuatkuasa serta-merta. Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas sama ada harga kenderaan bakal dinaikkan tahun ini berikutan ketelusan pelaporan OMV.

Aishah berkata, syarikat automotif diminta menghantar OMV berdasarkan pengiraan telus OMV kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi model yang terkesan dengan kaedah baharu itu. Beliau berkata, perundingan selanjutnya akan dilaksanakan oleh JKDM dan MoF dengan peserta industri tahun ini untuk menentukan pelaporan telus OMV selepas 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply