Setelah beberapa kali kelibat versi sebenar Proton X50 muncul di jalan raya, pakar dalam manipulasi imej secara digital, dan juga sahabat penulis, Theophilus Chin tampil untuk memberi gambaran awal model tersebut. Jika merujuk kepada beberapa foto intip yang diperolehi dalam artikel terdahulu, nampaknya Proton hanya akan membuat perubahan kosmetik yang agak kecil.
Paling ketara adalah pada bahagian jeriji yang disuntik dengan elemen busur (Ethereal Bow) dan corak Infinite Weave. Meskipun unit ujian yang dikesan masih lagi sarat dengan celoreng penyamaran, boleh dikatakan hampir keseluruhan rekaan model asal Geely Bin Yue/Coolray versi Sport dikekalkan.
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dalam majlis makan tengah hari sempena Tahun Baharu Cina, beberapa hari lalu turut mengesahkan model SUV kompak itu bakal dilancarkan dalam tahun ini dan akan terus dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti Tanjung Malim.
Berbalik kepada gambaran secara digital yang dibuat oleh Theo, kami menjangkakan yang rekaan yang dibuat ini tidak jauh berbeza dengan model sebenar walaupun secara jujurnya penulis pun masih belum melihat model tersebut. Mungkin ada sebab Proton masih mengekalkan hampir keseluruhan rekaan asal kerana kos untuk mengubah pemanduan dari sebelah kiri ke sebelah kanan telah menelan belanja yang agak tinggi.
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
Lagipun, rekaan asal model ini sudah sedia cantik dan tidak perlu lagi melakukan perubahan yang agak drastik. Proton hanya perlu membuat beberapa penambaikan seperti menala semula Pemanduan dan Pengendalian (Ride and Handling) serta memastikan lebih kandungan tempatan, tahap kualiti dan harga SUV ini lebih kompetitif.
Merujuk kepada artikel sebelum ini, ejen perisik kami Mat Bond telah mendedahkan ada ura-ura mengatakan yang model Proton X50 bakal ditawarkan dengan tiga varian sahaja, iaitu:
- Varian Standard – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
- Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
- Varian Premium/Sport (dengan bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
Kami akan cuba mengorek info-info baharu dalam masa terdekat. Cuma, buat masa ini bagilah peluang kepada Mat Bond untuk bercuti dulu ye! Tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto Intip
JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
KOMEN TERKINI