ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Harga kereta Proton naik mulai tahun hadapan!

Views

Berita terbaharu ini pastinya tidak menggembirakan kita semua. Proton kini sedang mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya bermula dari Januari 2016 berikutan kelemahan nilai Ringgit. Situasi itu juga telah memberi kesan kepada keuntungan syarikat sejak Ogos 2015 walaupun Proton telah berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan dan merasionalkan kos operasi. Namun nilai ringgit yang semakin menjunam terus memberi tekanan kepada Proton dan juga pemain industri yang lain secara keseluruhan.

“Kesan kejatuhan nilai Ringgit telah mengakibatkan kenaikan kos bahan mentah yang dibeli menggunakan tukaran mata wang asing. Selain itu, ia juga memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada pembekal kepada kami. Oleh itu, kami sedang mengkaji struktur harga baharu dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model, “kata Dato ‘Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Dengan pengumuman terbaharu ini Proton akan mengikut jejak langkah beberapa pengeluar lain seperti Honda, Toyota, Lexus, Mitsubishi, BMW, Nissan dan Perodua yang bakal menaikkan harga model kenderaan mereka jika keadaan ini semakin buruk. Kami jangka dengan situasi yang tidak menentu ini bakal menjejaskan jualan keseluruhan kenderaan pada tahun hadapan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


    • “Kesan kejatuhan nilai Ringgit telah mengakibatkan kenaikan kos bahan mentah yang dibeli menggunakan tukaran mata wang asing. Selain itu, ia juga memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada pembekal kepada kami. Oleh itu, kami sedang mengkaji struktur harga baharu dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model, “kata Dato ‘Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.


      • Tulah… katanya akan banyak local contain… sepatutnya walapun beli bahan metah dari luar, ia sepatutnya lagi murah dari beli barangan tempatan, sbb kos production tinggi…
        hal ni bukan hanya terjadi kepada proton, tp kepada semua industry…
        p/s: supplier mengeluh barang dari india & china lagi murah dari barangan Malaysia

        I wondering mcm mana Jepun boleh mengeluarkan barangan yg berkualiti tp pada harga berpatutan


        • Konsepnya mudah, lebih banyak unit terjual maka kos setiap unit jauh lebih rendah.. Sebagaimana toyota boleh menjual unit kenderaannya melebihi sejuta unit dalam tempoh sebulan berbanding proton kurang lebih 100k unit setahun..

          Contoh lain yang tiada kaitan, syarikat A mempunyai 50 000 orang pekerja / staff / kakitangan, syarikat A menjual lebih ‘sejuta unit’ produknya setiap bulan..
          Manakala syarikat B mempunyai 20 000 orang pekerja / staff / kakitangan, syarikat B menjual hanya ’10 000 unit’ sebulan.. Maka logiknya syarikat A dapat mengurangkan kos operasi setiap unit produknya berbanding syarikat B..

          Syarikat IKEA selalu menitikberatkan konsep ini


  • 10% tu sy rasa gearbox, modul Electronic Power Steering, modul VSC dll.. Diharapkan dgn pengenalan model2 utk rakyat marhean tahun hadapan berupaya melonjakkan jualan Proton di Malaysia selain menembusi pasaran luar.. Kalau jualan tak sampai 500k setahun, macam mana nak ada duit nak buat R&D..


  • The Proton Prevé will slowly disappear from Australian showrooms next year, and there’s no word on a successor for the small sedan at this stage.

    Proton Cars Australia is currently running out existing stock of the Prevé and has no plans to import any extra stock of the car in 2016.

    Local dealers have roughly 40 Prevés left in their lots, which will likely be snapped up in the early months of next year.

    The brand is currently offering the GX manual from $14,990 driveaway, the GX CVT from $16,990 driveaway, and the GXR CVT from $21,390 driveaway.

    Proton is understood to be developing a replacement for the Prevé that could emerge from Malaysia towards the end of next year, though there’s currently no confirmation of that car being offered in Australia. At the earliest, we could see it here in 2017.

    The departure of the Prevé will leave a big hole in Proton’s local line-up. So far this year, the small sedan has accounted for 80 per cent of the brand’s total sales (316 of 397, to the end of November).

    Its exit will leave Proton with just two models in Australia: the Prevé-based Suprima S compact hatchback and the seven-seat Exora people-mover, sales of which have tallied just 41 and 40 respectively in 2016.

    Next year promises to be another lean one for Proton in Australia, with local stock of the Exora almost exhausted and new cars not expected to arrive until the second quarter of 2016.

    http://www.caradvice.com.au/402956/proton-preve-enters-run-out-with-no-replacement-in-sight/

Leave a Reply