Sejak malam tadi tular di media sosial foto yang memaparkan harga tentatif bagi model MPV tujuh-tempat duduk yang paling dinanti-nantikan tahun ini iaitu Perodua Alza 2022 (D27A).
Apa yang pasti spekulasi yang mengatakan Alza 2022 (D27A) bakal menggunakan nama baharu sememangnya ‘meleset‘ sama sekali.
Ia sama seperti dalam artikel terdahulu yang menyatakan legasi nama Alza akan terus digunakan oleh Perodua pada model D27A. Apa yang baharu katanya, hanyalah penggunaan jenis fon (font) dan rekaan emblem yang berbeza.
Seperti yang telah diketahui, Alza 2022 (D27A) akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Ia dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.
Berikut adalah senarai harga tentatif Perodua Alza 2022 (D27A) mengikut varian (harga tanpa insurans dan termasuk cukai jualan):
- Alza 1.5L X (CVT) – RM62,000
- Alza 1.5L H (CVT) – RM68,000
- Alza 1.5L AV (CVT) – RM75,000
Lima pilihan warna bakal ditawarkan dan berikut adalah senarai pilihan warna Alza 2022 (D27A) mengikut varian:
- Ivory White (solid)
- Glittering Silver (metalik)
- Elegant Black (metalik)
- Garnet Red (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
- Vintage Brown (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
Antara ciri-ciri menarik Alza (D27A) adalah brek parkir elektronik, corong pendingin hawa baris belakang, kamera 360 darjah, mod pemanduan (Normal, Eco dan Power), panel meter digital (varian H dan AV) dan unit infohibur skrin sentuh 9-inci dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto (varian H dan AV).
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Dari segi keselamatan, ia dilengkapi 6 beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, brek cakera belakang, Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Hadapan, Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control), Amaran Keluar Lorong, Pencegahan Keluar Lorong, Lampu Tinggi Automatik, Lampu Pemanduan Adaptif (varian H dan AV), Kawalan Jelajah Adaptif (varian AV), Kawalan Kekal Lorong (varian AV), Pemantau Titik Buta (varian AV), dan Amaran Lintasan Belakang (varian AV).
Perodua dijangka mengumumkan harga Alza 2022 (D27A) pada hari ini, 23 Jun 2022 dan serentak dengan itu juga mula menerima tempahan bagi model tersebut.
Beberapa hari lalu, Perodua telah mula menyiarkan video acah Alza 2022 (D27A) di saluran media sosialnya menerusi satu video ringkas yang bertajuk “Perodua Smart Build – Innovation for All“.
Ada desas-desus mengatakan, pelancaran Alza 2022 (D27A) bakal dibuat pada awal bulan hadapan dan berkemungkinan pada 7 Julai 2022 (tertakluk kepada pindaan saat akhir).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI