ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua siar video acah pertama Alza 2022 (D27A), petanda besar pelancaran semakin hampir!

Berita Tempatan

Views
Perodua Smart Build - Innovation for All

Akhirnya, petanda besar model yang paling dinanti-nantikan tahun ini, akan dilancarkan dalam masa yang terdekat sudah pun muncul! Perodua petang tadi mula mengusik jiwa warganet siar video acah Alza 2022 (D27A) di saluran media sosialnya.

Menerusi satu video ringkas yang bertajuk “Perodua Smart Build – Innovation for All“, kelibat Alza 2022 (D27A) ditonjolkan dalam tempoh beberapa saat, meskipun rupa sebenarnya masih lagi kelihatan samar-samar di dalam gelap.

Walaubagaimanapun, kita masih lagi dapat melihat imbasan reka bentuk luaran model yang mempunyai kembar, iaitu Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz di Indonesia.

Untuk versi Perodua, beberapa perubahan kosmetik telah dibuat mengikut DNA reka bentuk terkini mereka terutama sekali pada bahagian jeriji yang lebih besar dan juga bampar depan serta belakang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Bentuk lampu hadapan masih sama dengan kembarnya, cuma di bahagian ‘kening’ atas lampu LED utama adalah lampu signal jenis berurutan.

Di bahagian belakang juga sama, cuma perbezaan pada bampar dan juga logo Perodua serta sedikit jejalur krom pada palang hitam yang bersambung dengan lampu.

Dalam artikel terdahulu, Alza 2022 (D27A) akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan).

Model MPV tujuh-tempat duduk ini dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Lima pilihan warna bakal ditawarkan dan berikut adalah senarai pilihan warna Alza 2022 (D27A) mengikut varian:

  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Elegant Black (metalik)
  • Garnet Red (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
  • Vintage Brown (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X

Ada desas-desus mengatakan, pelancaran Alza 2022 (D27A) akan dibuat pada awal bulan hadapan dan berkemungkinan pada 7 Julai 2022 (tertakluk kepada perubahan).

Kami menjangkakan lebih banyak iklan acah Alza 2022 (D27A) bakal disiarkan menerusi saluran media sosial dari semasa ke semasa. Mungkin juga dalam tempoh terdekat, Perodua akan mula membuka tempahan untuk model ini.

Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply