ARKIB

KATEGORI

Buletin

258 kakitangan Proton terima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Proton telah menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 kepada 258 kakitangan dari Proton Shah Alam dan Tanjung Malim. Hasil kerjasama antara Proton dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia menunjukkan komitmen mereka untuk meneruskan pembangunan para pekerjanya.

Ia juga menunjukkan pengiktirafan terhadap kepentingan pekerja mahir dalam industri automotif, terutamanya dalam bidang kualiti produk dari segi proses pembuatan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamad berkata, mereka komited untuk membangun dan menghasilkan lebih ramai pekerja mahir kerana mereka bukan sekadar membina kereta tetapi menjadi pemacu utama dalam pembangunan modal insan.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

SKM adalah perakuan rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan kepada individu yang telah mencapai keupayaan yang diperlukan untuk melatih dan dipersiapkan dengan kecekapan melaksanakan tugas dan fungsi dalam bidang pekerjaan tertentu. Proton telah melihat kesan positif latihan ini kepada kakitangan dari segi keberkesanan dan kualiti kerja mereka.

Dengan pengenalan beberapa model kereta pintar seperti X70, Iriz dan Persona 2019, Proton perlu menyediakan latihan dari semasa ke semasa untuk kakitangannya dalam memastikan kemahiran mereka sentiasa dipertingkat dan mereka mempunyai keupayaan untuk menghasil, menjual dan memberi servis bagi produk-produk generasi baharu.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Di bawah Sistem Sijil Kemahiran Malaysia JPK, terdapat lima tahap kemahiran yang diiktiraf kelayakan untuk pekerjaan tertentu dan yang terpilih, antaranya termasuklah pemasangan badan automotif, pemasangan enjin automotif, lukisan automotif, pemeriksaan trim and final automotif serta pentadbiran pejabat.

Kerjasama antara Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Proton telah dijalinkan hampir 10 tahun bermula dengan Pertandingan “WorldSkills Malaysia Belia” (WSMB), Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) dan Pertandingan WorldSkills (WSC) dalam sektor Teknologi Mobil.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply