ARKIB

KATEGORI

Buletin

Helikopter EC 725 AP jayakan Eksesais Hungry Ghost

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Tentera Udara Diraja Malaysia, mengumumkan penglibatan pesawat helikopter EC 725 AP dari No. 10 Skuadron dalam menjayakan Latihan Multiflooor Combat (Eksesais Hungry Ghost) yang telah dikoordinasikan oleh Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan, Markas ATM bertempat di Kem Perdana Sungai Besi.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Siri latihan bagi Kumpulan Tindakan Pendahuluan (KTP) dari Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan, Markas ATM ini merangkumi latihan menembak taktikal dan menyelamatkan tebusan menggunakan aset-aset terpilih di bawah ATM yang bertujuan untuk memastikan tahap kecekapan dan kepakaran setiap pegawai dan anggota yang terlibat berada pada tahap yang terbaik.

Latihan ini juga bertujuan memberikan pendedahan keadaan situasi sebenar semasa operasi dilaksanakan dan melatih anggota bersama pasukan bantuan tempur bersama aset-aset yang akan digunakan di dalam operasi sebenar terutamanya ketika misi menyelamatkan tebusan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Penglibatan anak kapal pesawat EC 725 AP dari No 10 Skuadron yang diketuai oleh Mej. Mohd Asrul bin Junid, ini juga dapat membantu untuk meningkatkan kompetensi dan tahap kesiapsiagaan anak kapal sekaligus memperkukuh usaha bersepadu di antara TUDM dan perkhidmatan ATM yang lain.

Antara pasukan-pasukan yang terlibat adalah kumpulan anjing perang dari PULADA dan 2 unit kenderaan perisai RPZ Condor 4×4 Twin GPMG 7.62 dari PULAMOR yang mengaturgerak aset-aset strategik bagi melaksanakan operasi yang telah dirancang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Udara Diraja Malaysia

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply