ARKIB

KATEGORI

Buletin

Helikopter Leonardo AW 139 ambil alih tugas Nuri

Berita Tempatan

Views

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima empat helikopter Leonardo AW 139 bagi menggantikan helikopter Sikorsky S-61 Nuri yang ditamatkan operasi tiga tahun lalu.

Menurut Berita Harian, tiga daripada empat helikopter itu sudah diterima manakala satu lagi dijadualkan diperoleh Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata helikopter itu diperoleh secara sewaan dari sebuah firma swasta sebagai langkah jangka pendek bagi menggantikan Nuri yang digunakan sejak 50 tahun lalu, selain mengurangkan kebergantungan penggunaan helikopter EC 725AP.

Ujar beliau, sewaan helikopter AW 139 ini dilaksanakan atas beberapa sebab, antaranya menampung penugasan helikopter Nuri yang tamat operasi selaras dengan keputusan Kabinet pada 7 Ogos 2019.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Ia juga bagi mengurangkan kebergantungan penggunaan helikopter EC725AP yang mana Kabinet pada 22 Januari 2020 bersetuju memilih helikopter AW 139 menggunakan kaedah jangka pendek secara sewaan dan perolehan baharu sebagai langkah jangka sederhana.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja sempena Program Pengenalan Pesawat AW139 di TUDM Butterworth, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Beliau berkata, pengoperasian keempat-empat helikopter yang diperoleh menerusi kaedah sewaan berkonsepkan ‘Government Operate, Company Own and Maintain’ (GOCOM) itu akan dikendalikan oleh Skuadron No 3.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Kerajaan memilih mengguna pakai kaedah GOCOM kerana ia adalah pendekatan yang amat diperlukan ketika tumpuan kewangan kerajaan ketika ini terarah kepada usaha pemulihan negara dalam era pandemik.

Dengan kaedah ini juga, tempoh melaksanakan proses perolehan termasuk berkaitan tender dan pembinaan aset dapat dikurangkan.

Katanya, helikopter AW 139 dipilih kerana kemampuan pesawat itu melaksanakan operasi yang memberikan kepentingan taktikal, operasi dan strategik kepada TUDM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, tegasnya, helikopter AW 139 berupaya melaksanakan peranan dan tugas pelbagai guna serta mampu beroperasi waktu siang dan malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hishammuddin Hussein

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply