ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus tayang foto terbaharu Electrified Sedan Concept

Berita Global

Views

Pada bulan Disember lalu, Toyota dan Lexus telah memperkenalkan beberapa model konsep kenderaan elektrik (EV) dalam satu acara khas.

Antara yang mencuri tumpuan adalah model pengganti kepada RZ 450e dan LFA, selain Electrified Sedan Concept.

Lexus baru-baru ini mendedahkan beberapa foto terbaharu model Electrified Sedan Concept di media sosial, yang memberikan kita gambaran reka bentuk model tersebut dengan lebih dekat.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Model konsep sedan elektrik ini menampilkan penggayaan yang aggresif berbanding model sedan lain dalam barisan model semasa Lexus.

Dari hadapan ia tampil dengan rekaan bampar yang sporty dengan liang udara bersaiz besar. Ia turut dilengkapi dengan lampu depan yang nipis dan hud yang berongga.

Penggayaan yang sporty berlarutan ke bahagian belakang dengan menampilkan cermin belakang yang melengkung mengikut bentuk garis bumbungnya yang dinamik.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Selain itu kita dapat melihat pemegang pintu jenis tersembunyi, skirt sisi yang garang dan lekukan pintu yang sungguh menonjol.

Rekaan belakangnya kelihatan agak sedikit hambar, namun sekali imbas ia mengingatkan kita kepada rekaan belakang model Toyota 86.

Bentuk lampu belakang jenis LEDnya juga agak unik kerana ia menampilkan bentuk 3 dimensi. Diffuser belakangnya juga nampak agak ringkas tanpa lubang untuk corong ekzos.

Lexus masih lagi ‘berdiam diri’ dari mengeluarkan lebih banyak info berkenaan model ini, namun mereka mengesahkan yang akan hanya bergerah ke arah elektrifikasi sahaja menjelang tahun 2035.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply