ARKIB

KATEGORI

Buletin

Helikopter ringan terhempas semasa latihan ‘hoovering’ – Dua penumpang cedera ringan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, sebuah helikopter ringan yang terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di sebuah kawasan lapang berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah pagi tadi dipercayai sedang membuat latihan penerbangan.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, juruterbang helikopter berkenaan hilang kawalan ketika cuba membuat latihan ‘hoovering di sebuah kawasan lapang berhampiran dengan PKFZ dan terhempas pada ketinggian kira-kira empat meter.

Susulan itu, helikopter berkenaan terbalik dan bahagian ekornya tercabut dan tercampak kira-kira 20 meter daripada badan helikopter berkenaan.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Mangsa, seorang juruterbang dan penumpang masing-masing berusia 73 dan 53 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Shamsul Amar berkata siasatan menyeluruh mengenai kejadian berkenaan akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan. Terdahulu pada kira-kira 10 pagi tadi, sebuah helikopter ringan dilapor terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran PKFZ.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply