ARKIB

KATEGORI

Buletin

Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar – Pakar ekonomi

Berita Tempatan

Views

Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar memandangkan ia hanya memberi faedah kepada sebahagian isi rumah menggunakan lebuh raya pada musim berkenaan.

Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, sebahagian golongan memerlukan terutamanya yang tidak berpeluang membuat perjalanan ketika musim perayaan tidak mendapat sebarang manfaat pengecualian bayaran tol pada tempoh berkenaan.

“Kalau matlamatnya untuk membantu kesejahteraan hidup semua isi rumah, kerajaan perlu cari kaedah lain. Orang yang tidak bercuti atau yang menggunakan lebuh raya pada musim perayaan tidak mendapat apa-apa faedah daripada tol percuma,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Menyifatkan keputusan itu sebagai sebahagian langkah reformasi fiskal, beliau berkata, kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit pada setiap musim perayaan untuk pemberian tol percuma.

“Musim perayaan kita banyak, dalam setahun boleh cecah beratus juta. Ia boleh dimanfaatkan untuk program lain seperti memperluas program Menu Rahmah yang sangat berguna untuk golongan memerlukan tetapi tidak ada di semua tempat,” katanya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Barjoyai berkata, secara prinsipnya, langkah menghentikan pemberian tol percuma itu juga mampu memupuk budaya berjimat, berbelanja secara efektif dan berkesan dalam kalangan rakyat.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan sedang mengkaji pendekatan lebih bersasar membantu rakyat bagi menggantikan kaedah pemberian tol percuma bersempena musim perayaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menjelaskan tol percuma sempena musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya, selain kerajaan terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada syarikat konsesi tol.

Seorang aktivis keselamatan jalan raya dan pengangkutan mampan Shamrin Tamrin turut bersetuju dengan keputusan itu dan menyifatkan pengecualian tol untuk perjalanan balik kampung musim perayaan yang sememangnya merupakan waktu puncak adalah ibaratmencurah minyak tanah ke api‘.

Beliau berkata, pengecualian tol menjejaskan kemampanan pengangkutan, pengurusan trafik yang cekap dan menyumbang kepada kesesakan jalan raya teruk di lebuh raya dan jalan persekutuan atau negeri.

“Akibat jumlah lalu lintas begitu tinggi di lebuh raya ia seterusnya melimpah ke jalan utama dan sekunder dan kerap kali menyebabkan lalu lintas sesak teruk di bandar dan kawasan luar bandar atau kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Bekas ahli lembaga pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu berkata, kesesakan lalu lintas pula akan mengakibatkan penggunaan bahan api yang lebih tinggi dan menyumbang kepada peningkatan pelepasan karbon dioksida dan pencemaran udara.

Berdasarkan kajian, kenderaan pengangkutan menyumbang lebih 70 peratus daripada pencemaran udara di kawasan bandar dan penyumbang kedua terbesar kepada jumlah pelepasan karbon dioksida di Malaysia sebanyak 21 peratus pada 2016.

Demi kepentingan rakyat Malaysia secara amnya, Shahrim menegaskan RM540 juta wang pembayar cukai bagi tujuan hari bebas tol sejak tiga tahun lepas harus disalurkan kepada rakyat yang menggunakan pengangkutan awam.

“Dengan duit pembayar cukai itu, kerajaan harus menggalakkan perkhidmatan bas ekspres atau bas sewa khas serta perkhidmatan rel melalui tawaran baucar tiket elektronik atau tambang diskaun,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kepada kumpulan pengguna motosikal yang memerlukan perjalanan selamat serta pengembara ke Sabah dan Sarawak dan ke utara, selatan dan timur Semenanjung terutamanya golongan berpendapatan rendah dan pelajar institusi pengajian tinggi. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply