Wanita memandu kereta Honda City menggunakan nombor pendaftaran seperti perkataan yang menunjukkan namanya, dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Wanita berusia 30-an yang juga pemilik kereta itu mengaku bahawa nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, pasukan penguat kuasanya menahan kereta dipandu wanita berkenaan pada 6,40 petang semalam di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
“Ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, jadi notis dikeluarkan untuk tindakan lanjut,” katanya di Alor Setar, hari ini.
Menurutnya, penguat kuasa mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Sehubungan itu, JPJ Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan terbabit,” katanya. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit JPJ Negeri KEDAH
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI