ARKIB

KATEGORI

Buletin

Himpunan 168 ‘Raging Bulls’ di Resorts World Genting diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

Berita Tempatan

Views

Sejarah tercipta pada 1 Mac lalu apabila Resorts World Genting (RWG) dan Lamborghini Owners Malaysia (LOM) berjaya mencipta rekod dengan menghimpunkan sebanyak 168 ‘Raging Bulls’ pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, sekali gus menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Acara tersebut menyaksikan kesemua pemilik Lamborghini yang mengambil bahagian berkonvoi secara beramai-ramai dengan mendaki Gunung Ulu Kali untuk ke Resorts World Genting (RWG).

Setibanya di puncak, mereka kemudiannya membentuk formasi di sepanjang tempat letak kereta hotel Genting Grand dan disambut dengan tarian singa serta paluan kompang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Para peminat supercar juga tidak melepaskan peluang untuk melihat secara lebih dekat beberapa model terkini, yang jarang ditemui dan vintaj keluaran Lamborghini, seperti edisi terhad Murcielago, Aventador SVJ, dan SUV Urus.

Sijil bagi memperingati pencapaian ini telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records kepada komuniti Lamborghini Owners Malaysia.

LOM telah berjaya memecahkan dua rekod, termasuk perhimpunan terbesar Lamborghini dengan 168 buah Lamborghini, dan menganjurkan perhimpunan Lamborghini altitud tertinggi pada 1,865 meter di atas paras laut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Naib Presiden Resorts World Genting, Winnie Lim melahirkan rasa bangganya sebagai tuan rumah acara yang luar biasa itu, sekali gus menegaskan komitmen RWG dalam menyediakan pengalaman yang tiada tandingannya buat peminat dan pelanggan.

Makan malam gala “The Bulls Night” juga telah berlangsung di Dewan Persembahan Antarabangsa Genting (GISR), di mana para hadirin tampil ‘melaram’ dengan tuksedo dan gaun malam yang glamour.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan persembahan, termasuklah lagu “Lambo” yang dinyanyikan oleh Roc8 dengan penampilan wo$hijay, persembahan tarian oleh Istana Budaya, pertunjukan fesyen dan persembahan oleh penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply