Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini telah melancarkan moped terbaharunya, Yamaha PG-1 pada harga RM6,998 tidak termasuk insurans.
Model yang dilancarkan bersempena dengan Karnival GenBlu yang berlangsung di Johor Bahru itu ditawarkan dalam pilihan dua warna iaitu Casual Beige dan Forest Green.
PG-1 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 114 cc dengan suntikan bahan api dan sejukan udara, yang digandingkan bersama dengan transmisi empat kelajuan.
Rangkaian kuasa ini mampu menghasilkan 9.0 PS pada 7,000 rpm dan 9.5 Nm daya kilas pada 5,500 rpm. Moped ini dilengkapi dengan rim 16 inci dan tayar bertiub bersaiz 90/100 di bahagian hadapan dan belakang.
Sistem breknya menggunakan cakera di bahagian hadapan dan dram di belakang, namun ia tidak dilengkapi dengan fungsi Brek Anti Kunci (ABS).
PG-1 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik, termasuk tempat duduk jenis terpisah, sepit udang (fork) teleskopik, dua penyerap hentak di belakang, meter analog dengan penunjuk kedudukan gear, tongkat tengah, penghidup enjin elektrik, serta tangki bahan api berkapasiti 5.1 liter.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Dengan reka bentuk yang ringkas dan ranggi, PG-1 memberikan peluang kepada pemilik untuk melakukan pengubahsuaian mengikut citarasa dan keperluan masing-masing.
HLYM turut menawarkan beberapa pakej aksesori dengan harga bermula dari RM1,200, memberikan lebih banyak pilihan untuk menjadikan motosikal ini unik dan peribadi.
Karnival GenBlu Yamaha adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh HLYM bertujuan untuk meraikan sokongan daripada semua pelanggan dan rakan industrinya melalui falsafah 1C5S (Customer-first, Sales, Service, Spare Parts, Society, and Safety) yang mengutamakan kepuasan pelanggan dan pengalaman pengguna yang lebih baik.
Acara tersebut dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Bhd, Professor Datuk Dr Jim Khor Mun Wei bersama dengan Pengarah HLYM, Taketoshi Takabayashi. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Yamaha Motor Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI