Unit ujian model SUV elektrik Leapmotor C10 telah berjaya dikesan ketika sedang mengecas baterinya oleh sahabat kami, Shamsul Yunos di Ulu Bernam, semalam.
Tanpa sebarang pelitup penyamaran, unit ujian ini hanya menutup bahagian emblemnya sahaja dan menggunakan plat perdagangan bernombor ‘K 605 A‘.
SUV segmen-D ini merupakan model pertama yang akan ditawarkan oleh pengeluar kereta dari China itu di Malaysia yang merupakan salah satu jenama di bawah kumpulan Stellantis.
Model ini bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat (Q4) 2024. C10 telah membuat penampilan sulungnya pada Malaysia Autoshow 2024, bulan Mei lalu.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,680 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,285 mm.
Ini bermakna, ia akan berentap dengan beberapa bakal pesaing dalam segmen yang sama, iaitu Proton X90 dan Chery Tiggo 8 Pro.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Dibina menggunakan seni bina LEAP3.0 yang dibangunkan sendiri oleh Leapmotor, C10 menampilkan teknologi elektrik termaju seperti sistem elektronik berpusat, seni bina elektrik, teknologi sel ke chasis (CTC) dan kokpit pintar.
Ia ditawarkan dengan pilihan motor elektrik tunggal pacuan-roda belakang dan juga dwimotor dengan pacuan- semua roda dengan output kuasa dari 228 kuasa kuda dan 335 kuasa kuda.
Pek bateri lithium besi fosfat (LFP)nya juga ditawarkan dengan dua pilihan kapasiti yang berbeza, iaitu 69.9 kWj dan 52.9 kWj.
Dari segi jarak pemanduan, C10 menawarkan jarak sehingga 420 km (WLTP) untuk sekali cas penuh dan turut menerima penarafan lima bintang E-NCAP.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Bshamsul Atoque/Shamsul Yunos
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI