ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic facelift untuk pasaran antarabangsa diperkenalkan

Views

Honda telah memperkenalkan model Civic facelift untuk pasaran antarabangsa beberapa hari yang lalu. Pengeluar kereta dari Jepun itu telah melakukan sedikit perubahan kosmetik dan telah menjadikan teknologi keselamatan Honda Sensing sebagai peralatan standard pada model tersebut.

Apa yang membezakan Honda Civic facelift dengan model semasa?

  • Sayap Honda pada jeriji hadapan yang sebelumnya krom kini telah mendapat warna baharu hitam piano.
  • Bampar yang direka semula.
  • Lampu hadapan halogen atau LED yang dipertingkatkan.
  • Kemasan krom pada bahagian bawah bampar belakang.
  • Rim aloi rekaan baharu.
  • Sport trim sebagai kemasan tambahan.
  • Tiada perubahan di bahagian kabin kecuali paparan skrin sentuh 7-inci yang dipertingkatkan dengan Apple CarPlay, Android Auto, dan butang pelaras kelantangan bunyi.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

Kesemua varian untuk Honda Civic facelift akan menerima teknologi Honda Sensing yang merangkumi Collision Mitigation Braking System dengan amaran perlanggaran hadapan, Road Departure Mitigation with Lane Departure Warning, Sistem Bantuan Kekal Lorong dan Kawalan Jejajah Adaptif. Adakah Honda Malaysia membawa model naiktaraf ini ke pasaran Malaysia tahun depan?

Kita tunggu dan lihat.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply