ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda HR-V RS kini dengan rekaan dalaman hitam

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia memperkenalkan varian baharu HR-V RS yang menampilkan rekaan dalaman hitam yang bergaya. Pengenalan rekaan dalaman hitam ini merupakan respon kepada maklum balas pengguna untuk meningkatkan sentuhan kecanggihan dalam penggayaan ruang dalaman dan akan menggantikan warna sebelumnya iaitu Ivory.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Kini kemasan hitam diperlihatkan pada konsol tengah, panel depan, pemandu dan tempat duduk (depan dan belakang) serta jejalur panel pintu. Honda Malaysia telah menerima lebih dari 12,200 tempahan bagi model HR-V dengan lebih 7,000 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan sejak pelancarannya pada bulan Januari 2019.

Angka jualan ini menyaksikan hampir 60 peratus sasaran jualan tahunan berjaya dicapai hanya dalam masa empat bulan. Varian RS diperkenalkan buat pertama kali pada model HR-V dan sejak itu ia telah mendapat sambutan hangat dan berjaya menyumbang 20 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan model tersebut.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Model SUV kompak ini juga berjaya mendominasi 86 peratus pegangan pasaran dan terus menerajui segmen tersebut setakat bulan Mac 2019. Ia sekaligus mengekalkan Honda sebagai jenama nombor satu dalam segmen Bukan-Nasional dan kedua secara keseluruhan dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV)..

HR-V RS dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digandingkan dengan transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams. Ia turut dilengkapi dengan ciri baharu yang menarik, sistem stereng Pelbagai Nisbah Gear (VGR) untuk pengalaman pemanduan yang sporty.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply