Honda Indonesia telah mendedahkan lakaran Brio LMPV (Low Multi-Purpose Vehicle) Concept secara rasmi baru-baru ini. Selepas pengenalan model hatchback dan sedan, kini giliran model MPV pula bakal ditawarkan untuk pasaran negara Asia termasuk India. Model ini bakal diperkenalkan secara rasmi di Indonesia International Motor Show 2013, bertempat di Jakarta bermula dari 19 hingga 29 September. Brio LMPV akan menggunakan enjin petrol 1.5-liter dan akan berada dipasaran Indonesia pada 2014.
Setakat ini model Brio belum lagi ada dipasaran Malaysia dan diharapkan model Brio LMPV akan dibawa masuk oleh Honda Malaysia pada masa akan datang. Menarik juga lakaran ini, harap model produksinya tidak mempunyai perbezaan yang terlalu ketara dengan model konsep. 🙂
sumber : www.carscoops.com
kalau tgk pada front grill & bumper mmg selari dgn design terkini Honda..mungkin akan direalisasikan..boleh replace Stream kot..
low mpv.. mcm best concept dia…
tapi dalam banyak mpv, honda punya odyssey n stream design dia mmg rendah. mmg smart & bila rendah, handling & comfort pun better.
tapi kalau mpv cc kecik sangat nanti tak menarik ramai pengguna di malaysia..
Proton msx @ LOTUS APX…HEHE…lagi cantik dari honda ni..cuma nape tak produce…
Kereta konsep semua cantik..bile yg sebenar nanti dgn rim besi nye baru boleh dinilai tahap kecantikan sebenar..keke
aku syak ni sebenarnya pengganti jazz pasal jazz dah almost 5 year design cycle