ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda lancar City Hatchback facelift di Thailand, tambahan varian baharu e:HEV SV

Berita Global

Views

Honda City Hatchback kini tiba di fasa pertengahan kitaran hayat dan versi faceliftnya telah pun dilancarkan secara rasmi di Thailand, semalam.

Untuk pasaran Thailand, lima pilihan varian ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu 1.0 liter turbo dan juga hibrid, e:HEV. Berikut adalah senarai varian dan harga City Hatchback facelift di Thailand:

  • City 1.0 Turbo Hatchback S+ – 599,000 baht (RM79,554)
  • City 1.0 Turbo Hatchback SV – 679,000 baht (RM90,179)
  • City 1.0 Turbo Hatchback RS – 749,000 baht (RM99,476)
  • City e:HEV Hatchback SV – 729,000 baht (RM96,820)
  • City e:HEV Hatchback RS – 799,000 baht (RM106,137)

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tujuh pilihan warna ditawarkan untuk City Hatchback facelift di Thailand:

  • Brilliant Sporty Blue Metallic dengan bumbung hitam (varian e:HEV SV dan e:HEV RS)
  • Ignite Red Metallic (varian RS dan e:HEV RS)
  • Platinum White Pearl (varian SV, RS, e:HEV SV dan e:HEV RS)
  • Crystal Black Pearl
  • Meteoroid Gray Metallic
  • Sonic Gray Pearl
  • Taffeta White (varian S+ sahaja)

City Hatchback facelift ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu enjin petrol tiga silinder VTEC turbo 1.0 liter yang menjana 121 kuasa kuda dan 173 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT menerusi gandar roda hadapan.

Versi hibrid e:HEV pula menggunakan motor elektrik tunggal yang menghasilkan 107 kuasa kuda dengan 253 Nm daya kilas. Bateri litium-ion yang digunakannya pula mendapat kuasa dari enjin petrol empat silinder 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan 97 kuasa kuda dan 127 Nm daya kilas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model ini menerima perubahan kosmetik kecil, terutama sekali pada bahagian jeriji serta bampar depan dan juga belakang. Aksesori Modulo turut ditawarkan sebagai pilihan buat pelanggan.

Ruang kabinnya juga tidak banyak berubah dan dilengkapi dengan skrin panel instrumen TFT bersaiz 4.2-inci, manakala unit inforianya kini menyokong sambungan Apple CarPlay nirwayar.

Selain itu, varian RS, ia menerima kemasan tempat duduk kulit dan kulit buatan. Dari aspek keselamatan, varian varian S+ turut dilengkapi Honda Sensing secara standard, yang merangkumi ciri:

  • Sistem Brek Cegah Perlanggaran (CMBS),
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Sistem Cegah Terbabas dengan Amaran Keluar Lorong (RDM dengan LDW),
  • Suluhan Lampu Tinggi Auto (AHB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan (LCDN)

Adakah Honda Malaysia akan membawa masuk City Hatchback facelift dalam tahun ini? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply