ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota lancar Corolla Cross Minorchange 2024 untuk pasaran Thailand

Berita Global

Views
NEW COROLLA CROSS | COMPLETE YOUR LIFE ตอบ...ทุกความหมายชีวิต

Setelah tiga tahun sejak debut global pertamanya pada 2020, Toyota Corolla Cross akhirnya tiba di fasa pertengahan kitaran hayat. Corolla Cross ‘Minorchange 2024’ telah pun dilancarkan secara rasmi ke pasaran Thailand, semalam.

Empat pilihan varian ditawarkan dengan tiga daripadanya adalah versi hibrid, manakala satu lagi adalah enjin pembakaran dalam (ICE). Berikut adalah senarai varian dan harga rasmi untuk pasaran Thailand:

  • 1.8L Sport Plus – 999,000 THB (RM132,976)
  • HEV Premium – 1,094,000 THB (RM145,622)
  • HEV Premium Luxury – 1,204,000 THB (RM160,242)
  • HEV GR Sport – 1,254,000 THB (RM166,896)

Pilihan warna luaran dan dalamannya pula adalah seperti berikut:

Warna luaran (varian HEV Premium Luxury, HEV Premium dan 1.8 Sport Plus)

  • Cement Gray Metallic (warna baharu)
  • Celestite Gray Metallic
  • Platinum White Pearl
  • Silver Metal Stream Metallic
  • Black Attitude Black Mica

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pilihan warna bagi varian HEV GR Sport (termasuk dwitona):

  • Platinum White Pearl dengan bumbung hitam
  • Red Mica Metallic dengan bumbung hitam
  • Black Attitude Black Mica

Pilihan warna dalaman

  • Dark Rose (untuk varian HEV Premium Luxury / HEV Premium dengan warna luaran Platinum White Pearl, Celestite Gray Metallic dan Attitude Black Mica).
  • Black (untuk varian Premium Luxury / HEV Premium dan 1.8 Sport Plus dengan warna luaran Cement Gray Metallic dan Metal Stream Metallic).
  • GR Sport Black (untuk varian GR Sport sahaja).

Model yang dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) ini masih terus mengekalkan nadi 2ZR-FBE 1.8 liter petrol aspirasi alami (NA) yang menjana 140 kuasa kuda dan 177 Nm daya kilas untuk versi ICE. Bagi versi hibrid pula, ia dijana oleh enjin 2ZR-FXE 1.8 liter dengan output keseluruhan 122 kuasa kuda.

Corolla Cross Minorchange menampilkan reka bentuk bampar depan dan belakang serba baharu dengan kemasan berbentuk jejaring sarang lebah di tengah. Versi GR-Sport pula mempunyai rekaan bampar depan dan belakang yang tersendiri yang lebih sporty.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah spesifikasi ringkas Corolla Cross Minorchange 2024 mengikut varian:

Varian 1.8 Sport Plus

  • Lampu hadapan LED kristal rekaan baharu
  • Lampu isyarat membelok (signal) LED berurutan
  • Lampu belakang LED rekaan baharu
  • Rekaan jeriji dan bampar hadapan baharu
  • Cermin sisi dengan sistem Reverse Link
  • Brek parkir elektronik (EPB)
  • Unit inforia dengan skrin sesentuh HD bersaiz 10.1-inci yang menyokong ketersambungan nirwayar Apple CarPlay dan Android Auto
  • Paparan maklumat pemandu TFT 7-inci
  • Pencahayaan dalaman LED
  • Sistem Amaran Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA)
  • Slot USB jenis C

Varian HEV Premium (tambahan dari 1.8 Sport Plus)

  • Rim aloi 18-inci dwitona
  • Kemasan dalaman warna Dark Rose
  • Toyota Safety Sense

Varian HEV Premium Luxury (tambahan dari HEV Premium)

  • Bumbung panorama nirbingkai dengan pelindung matahari larasan elektrik
  • Pengecas nirwayar
  • Monitor Pandangan Panoramik (PVM) 360°
  • Perakam video digital (dashcam) di depan dan belakang
  • Paparan informasi pemandu digital 12.3-inci
  • Bantuan Parkir

Varian HEV GR-Sport (tambahan dari HEV Premium Luxury)

  • Bampar depan dan belakang GR-Sport

Kami menjangkakan Corolla Cross Minorchange akan memasuki pasaran Malaysia pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply