ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia Honda Insurance Plus (HiP) beri perlindungan komprehensif untuk pelanggan

Berita Global

Views

Honda Malaysia amat mengalu-alukan semua pemilik Honda untuk mengambil Honda Insurance Plus (HiP) selaras dengan fokus mereka untuk menawarkan nilai terbaik dan perlindungan untuk perkhidmatan selepas jualan mereka.

Dengan slogan, ‘Dibina oleh Honda. Dilindungi oleh Honda. Dibaiki oleh Honda.’ HiP menggariskan tiga teras iaitu Penyelamat, Perlindungan dan Penjimatan untuk memberikan perlindungan komprehensif untuk kebajikan dan kelebihan pelanggan.

1. Penyelamat
Pasukan penyelamat HiP sentiasa bersedia 24-jam sehari, tujuh hari seminggu untuk membantu pelanggan untuk meneruskan perjalanan dengan selamat. Pelanggan boleh menghubungi bantuan pada bila-bila masa dengan mendail talian bantuan kecemasan HiP 24/7 seluruh negara – 1-800-18-1177.

Ketika kemalangan, kereta rosak atau banjir, perkhidmatan tunda kecemasan 24-jam akan dihantar untuk mendapatkan kereta Honda yang terjejas dan membawanya ke Pusat Badan dan Cat Honda yang bertauliah dalam jarak lingkungan 450km untuk pemeriksaan dan pembaikan.

Pada masa yang sama, ahli HiP akan akan dibimbing dan diberi maklumat terkini secara berterusan oleh Pengedar Sah Honda atas prosedur tuntutan. Plan insurans ini turut menawarkan perkhidmatan pembaikan tepi jalan dengan upah percuma sehingga RM200 mengikut kerosakan seperti bantu mula (jump-start), penukaran bateri, penukaran tayar pancit dan pengisian minyak, eksklusif untuk alat ganti.



JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift sah dilancarkan 23 April ini

2. Perlindungan
Bagi memastikan perlindungan komprehensif kepada pelanggan, kereta Honda yang terlibat dengan kemalangan atau rosak akan dibawa ke Pusat Badan dan Cat Honda yang bertauliah dan akan diperiksa oleh pakar yang mematuhi standard Honda.

Setakat ini, Honda Malaysia memiliki 23 Pusat Badan dan Cat Honda yang bertauliah di seluruh negara yang meberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dengan juruteknik yang diperakui dan dilengkapi dengan kelengkapan dan peralatan canggih bagi memastikan kereta akan dipulangkan semula kepada pemiliknya dalam keadaan yang terbaik.

Selain itu semua bahagian badan dan alat ganti yang ditukar adalah 100 peratus asli dan didatangkan dengan jaminan selama enam bulan atau jarak servis 10,000km. Pelanggan boleh mendapatkan kembali kereta mereka secepat yang mungkin dan dengan kelulusan tuntutan yang pantas, terutama sekali untuk tuntutan yang belum diluluskan di bawah RM20,000 (pembaikan sahaja) di Pusat Badan dan Cat Honda.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

3. Penjimatan
HiP turut didatangkan dengan terma perlindungan lanjutan dan penjimatan lebih baik bagi kos penggantian. Ahli HiP layak untuk perlindungan yang merangkumi pembayaran 100 peratus bagi kecurian atau jumlah kerugian (total loss) disebabkan oleh kemalangan berdasarkan jumlah yang diinsuranskan.

Tiada kos tersembunyi untuk penggantian alat ganti baharu untuk pembaikan akibat kemalangan bagi kereta yang berusia hingga 10 tahun selain bantuan tunda kecemasan 24-jam. Dengan HiP yang lebih komprehensif, pelanggan Honda boleh memandu dengan tenang dan menikmati perkhidmatan percuma ketika di dalam situasi yang tidak diduga.

Pelanggan sedia ada dan baharu Honda boleh memohon atau memperbaharui keahlian HiP mereka di semua pengedar sah Honda. Untuk maklumat lanjut mengenai HiP, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 98 pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply