Perodua telah menerima sebanyak 450 tempahan di Malaysia Autoshow 2019 baru-baru ini, jumlah tempahan tertinggi yang pernah diterima oleh Perodua di acara tahunan tersebut. Acara tersebut dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada11hb-14hb April yang lalu.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata Perodua telah mengumpul lebih daripada 110 tempahan secara purata setiap hari dan ini merupakan pencapaian tertinggi sejak mereka mula menyertai Malaysia Autoshow pada tahun 2017.
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift sah dilancarkan 23 April ini
Myvi muncul sebagai model yang menerima tempahan yang paling banyak dan kemunculan Bezza Limited Edition sebanyak 50 unit yang ditawarkan khusus untuk acara tersebut telah berjaya menjadikannya antara sedan yang terlaris di Malaysia.
Kesemua 50 unit Bezza Limited Edition itu telah habis ditempah dalam masa tiga hari. Buat masa ini Perodua tidak bercadang untuk memperkenalkannya di pasaran kerana mereka mahu 50 unit ini khusus untuk acara tersebut. Ditawarkan pada harga RM44,890, model ini tampil dengan warna luaran Ivory White, kit badan GearUp kemasan hitam kusam yang dikelilingi jejalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam kusam.
Bahagian dalamannya tampil lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong pendingin hawa berwarna merah serta karpet koil GearUp. Perodua Bezza menjadi popular di Malaysia sejak dilancarkan pada 2016, dengan lebih daripada 150,360 unit dijual sehingga kini.
Ia merupakan sedan pertama Perodua dan direka sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Selain Bezza Limited Edition, Perodua turut memperkenalkan aksesori GearUp baharu untuk SUV terbaharu, Aruz, yang diterima baik oleh orang ramai. Perodua mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk melihat model ini di pusat pameran yang terdekat.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI