Setelah membuka tempahannya pada 22 April lalu, Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan City Hatchback facelift. Dua versi rangkaian kuasa ditawarkan, iaitu bukan hibrid dan juga hibrid e:HEV.
Dari segi varian pula, lima pilihan ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Meteroid Gray Metallic dan warna baharu Lunar Silver Metallic (varian bukan hibrid).
Berikut adalah harga yang ditawarkan untuk setiap varian (harga atas jalan tidak termasuk insurans):
- 1.5 S – RM 85,900
- 1.5 E – RM 90,900
- 1.5 V – RM 95,900
- 1.5 DOHC i-VTEC RS – RM 100,900
- 1.5 e:HEV RS – RM 112,900
Varian bukan hibrid dijana enjin 1.5 liter aspirasi alami (NA) empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC dengan output sebanyak 119 kuasa kuda dan 145 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.
Varian e:HEV pula dilengkapi dengan sistem hibrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) dengan motor elektrik pada roda hadapan berkuasa 107 kuasa kuda dan 253 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan menerusi transimisi E-CVT.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dari segi penggayaan, City Hatchback facelift menampilkan perubahan kosmetik pada bampar depan dan belakang, reka bentuk jeriji hadapan dan ‘diffuser‘ rekaan baharu pada bampar belakang.
Varian e:HEV RS turut menerima rekaan rim aloi Berlina 16-inci kemasan hitam yang sporty. Ke dalam kabin, varian S, E dan V kini dipertingkatkan dengan paparan skrin pelbagai maklumat 4.2-inci (MID) pada kelompok meter utama.
Kecuali varian S, tempat duduk belakang untuk semua varian dilengkapi dengan port USB-C di bawah bolong penghembus pendingin hawa di konsol tengah.
Paparan unit inforianya pula (kecuali varian S) kini dilengkapi skrin bersaiz 8-inci. Untuk varian RS, skrin ini telah dipertingkatkan dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.
Ciri keselamatan turut dipertingkatkan, antaranya Honda SENSING untuk semua varian yang merangkumi Pemberitahuan Pergerakan Kereta Di Hadapan (LCDN).
Sementara itu, varian e:HEV RS menerima ciri tambahan, iaitu Ikut Halaju Rendah (LSF) untuk fungsi pemanduan yang lebih mudah.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Berikut adalah senarai pehun ciri Honda SENSING untuk City Hatchback facelift:
- Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
- Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
- Suluhan Lampu Tinggi Automatik (AHB)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
Varian V, RS dan e:HEV RS turut menerima ciri tambahan iaitu Honda LaneWatch dan dua varian teratas juga didatangkan dengan ciri Honda Connect.
Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan dan kos upah percuma (terhad untuk lima kali servis dalam tempoh 100,000 km atau lima-tahun).
Varian hibrid pula diberikan jaminan lapan-tahun tanpa had perbatuan untuk unit bateri. Honda Malaysia turut menawarkan pakej Modulo dan Urban untuk semua varian.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI