ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia lancar CR-V 2024 – Empat varian, dua pilihan rangkaian kuasa, harga dari RM159,900

Berita Tempatan

Views

Setelah dibuka untuk tempahan sejak 15 November lalu, hari ini Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model generasi keenam CR-V (Comfortable Runabout Vehicle).

Untuk pasaran tempatan, empat pilihan varian ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, sama ada unit dengan enjin pengecas turbo atau hibrid.

Berikut adalah senarai varian dan harga Honda CR-V 2024:

  • Honda CR-V 1.5L S – RM159,900
  • Honda CR-V 1.5L E – RM169,900
  • Honda CR-V 1.5L V AWD – RM181,900
  • Honda CR-V 2.0L e:HEV RS 2WD – Harga diumumkan kelak, akan mula dijual pada awal 2024

Lima pilihan warna ditawarkan, ini termasuklah Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Crystal Black Pearl dan Canyon River Blue Metallic (warna baharu).

CR-V 2024 varian turbo dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo, sama seperti sebelumnya. Enjin ini menjana 193 PS dan 243 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi CVT dengan mod pemanduan Sport, Normal dan Eco.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Varian hibrid 2.0L e:HEV pula mampu menghasilkan 184 PS dan 335 Nm daya kilas yang dipadankan bersama transmisi eCVT. Ini kali pertama varian tersebut membuat kemunculan pada model CR-V. SUV ini dilengkapi dengan pacuan semua roda AWD Masa Nyata.

Ia menampilkan  jeriji hadapan dengan reka corak jejaring kemasan hitam berkilat, lampu hadapan dan belakang LED, lampu kabus LED dan lampu signal membelok LED berurutan (sequential).

Varian ini turut didatangkan dengan pemegang pintu lebih bergaya dan rim kemasan hitam berkilat Berlina Black bersaiz 18-inci, manakala varian selebihnya menerima rim kemasan Sparkle Silver bersaiz 18-inci kecuali varian S dengan rim bersaiz 17-inci sahaja.

Model ini didatangkan dengan teknologi termaju yang inovatif, antaranya pintu belakang bebas tangan dengan fungsi tutup secara automatik dan sistem kamera 360 darjah.

Aspek keselamatan CR-V 2024 pula menampilkan Honda SENSING yang dipertingkatkan, merangkumi radar sudut-lebar bersama kamera dan penderia sonar untuk Kawalan Brek Halaju Rendah.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sistem bantuan pemandu Honda SENSING kini mempunyai sembilan ciri, dengan tambahan Pancaran Pemanduan Adaptif yang eksklusif untuk e:HEV RS. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Kekal Lorong.

Untuk ketenangan minda, Honda Malaysia turut memperkenalkan Honda CONNECT yang ditawarkan sebagai standard pada model CR-V 2024.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-75, Honda Malaysia turut meraikan sambutan 20 tahun pengeluaran CR-V di Malaysia.

Untuk tempoh terhad, Honda CR-V 1.5L S akan dijual pada harga bermula dari RM157,900, namun, ianya terhad kepada 750 unit sahaja.

Selain itu, Honda Malaysia turut menawarkan pakej kit badan Modulo bersama beberapa pilihan aksesori lain. Model CR-V 2024 telah menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 87.16 mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply