ARKIB

KATEGORI

Buletin

Red Star Box1 bakal tiba di Malaysia suku ketiga (Q3) 2024, rupa tiru Tesla Cybertruck?

Berita Tempatan

Views

Pengarah eksekutif Go Auto, Datuk Azli Nasimuddin menerusi satu hantaran di akaun LinkedIn rasminya memaklumkan model kenderaan komersial elektrik, Red Star Box1 bakal menjengah pasaran Malaysia pada suku ketiga (Q3) 2024.

Van panel elektrik satu tan dengan gaya reka bentuk yang diinspirasi dari Tesla Cybertruck ini dikeluarkan oleh syarikat berpangkalan dari China, Hebei HongXing Automobile.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ia menampilkan reka bentuk kotak yang banyak menggunakan elemen garisan lurus dan bersudut tepat ini berukuran 4,690 mm panjang, 1,780 mm lebar dan 1,995 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya pula 2,690 mm.

Menurut portal iNews, ruang kargonya berukuran 2,970 mm panjang, 1,645 mm lebar dan 1,290 mm tinggi. Bebanan yang mampu dibawanya pula adalah sekitar 1,350 kg.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Red Star Box1 dipacu oleh motor elektrik yang dibekalkan oleh Wolong ZF dan pek bateri litium-besi fosfat. Namun, kapasiti baterinya tidak dinyatakan.

Motor elektriknya mampu menghasilkan output sebanyak 81 PS yang membolehkannya memecut dengan halaju maksima 90 km/j.

Van elektrik ini baharu sahaja dilancarkan ke pasaran China dan Datuk Azli Nasimuddin merupakan salah seorang tetamu yang telah diundang ke majlis berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azli Nasim

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply