Honda Malaysia menerusi satu kenyataan media hari ini telah memanggil balik kira-kira 36,000 unit model Civic, Civic Type R, dan CR-V untuk mengemas kini kotak gear Sistem Stereng Kuasa Elektrik (EPS).
Model Honda yang terlibat termasuklah:
- Honda Civic – Tahun keluaran 2022 hingga 2024
- Honda Civic Type R- Tahun keluaran 2023 hingga 2024
- Honda CR-V- Tahun keluaran 2024
Ia berpunca daripada bahagian dalam kotak gear EPS yang mungkin mengembang dan mengurangkan ketebalan filem gris, menyebabkan ‘bunyi stereng yang tidak normal‘ atau ‘stereng yang tersangkut atau tidak lancar‘.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa model lain yang sedang dalam pengeluaran dan penjualan tidak terjejas dalam kemas kini produk ini.
Pihak syarikat percaya bahawa kemas kini produk proaktif ini perlu kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan mereka.
Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan yang mengandungi butiran mengenai kemas kini produk ini.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terlibat untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat janji temu selepas menerima pemberitahuan, bagi membolehkan kenderaan mereka diperiksa dan/atau dibaiki sekiranya diperlukan.
Honda Malaysia akan menanggung segala kos pemeriksaan, pembaikan, atau penggantian komponen yang terjejas dalam aktiviti ini. Stok penggantian akan tersedia secara berperingkat mulai Disember 2024.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau memeriksa status kenderaan mereka berkaitan kemas kini produk ini dengan menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, melayari pautan productrecall.honda.com.my atau dengan menghubungi mana-mana pengedar sah Honda.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI